Archive for June, 2008

masak ketam rebus (resepi fanor)- by aweng

aku pulak bagi resepi ketam hari ni…walau takde sapa yg keje……hehehehehhe

  

ini style jordan perasan omputih punya resepi…….  

bawang besar hiris bulat (sebiji besar atau 2 biji)
bawang putih hiris 2 biji
lemon atau limau nipis atau limau kasturi
mix herbs (ada jual kat hypermarket…ala aku lupa la nama betul dia…ada jual dalam botol)  

sonang ajo….  

bersihkan ketam..tos
masukkan dalam periuk
masukkan bawang hiris2 tu
perahkan limau

 

 

 

 

taburkan herba tu…sikit jek…janji ada nampak daun..banyak2 tak sedap
pastu tutup periuk  

tunggu sampai air ketam tu kering…
jgnlupa gaul2..takut hangit pulak
pastu ketam dah masak…okay la tu..  

kalau korang nak rasa mesia sikit..letak la serai ke halia ke..

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

June 25, 2008 at 2:08 pm 2 comments

masak lemak (confirm resepi mas)- by aweng

masak lemak style aku

 

bahan blend:

Bawang merah 3 ulas

Bawang putih 2 ulas

Kunyit idup 1 inci

Cili Api 7-9 biji.. lagi banyak lagi pedas

Cili hidup 1/2 biji

Serai 1 dihiris halus

 

(blend semua bahan di atas) 

 

Aku jenis x mau tumis.. jadi aku masukkan bahan blend, masukkan air dalam 2 cawan.. bagi menggelegak, masukkan asam keping 3.. lepas tu masukkan ketam/ udang/ ikan masin dsb bergantung kepada lauk ko..

pastu masukkan santan 3/4 cawan.. tengok sama ada pekat atau tidak.. kalau kunyit ko x berapa kuning, leh masukkan sikit kunyit serbuk.. pastu masukkan garam.. bagi menggelegak.. make sure kacau sentiasa supaya x jadi ‘kepala’

 

sekian..

 

semoga berjaya

June 25, 2008 at 2:07 pm Leave a comment

masak lemak ikan pekasam (confirm resepi ujick) – by aweng

utk tatapan kaum ibu..

masak lemak ikan pekasam

2 eko ikan pekasam (nak byk pun tak per)

sebijik jantung pisang (potong memanjang)

2 batang serai (ketuk2..campak)

kisar

5 bijik cili padi

2.5 cm kunyit idup

5 bijik bwg merah

5 ulas bwg putih

500 ml santan

garam

1) masak santan..kacau pelan2

2) masuk bhn kisar

3) masuk ikan pekasam n jantung pisang

4) garam

rase dulu baru hidang…

June 25, 2008 at 2:07 pm 6 comments

sambal goreng bukit piatu (resepi mak chema) – by aweng

heheheh..ko nak resepi tu..aku sendiri buat pun tak jadi cam mana mak aku buat…tapi ko bole try laa…ni resepi campak2 je tau…heheh

 

sampai goreng bukit piatu..(heeh)

3-4 ulas bwg merah (blend)

sedikit belacan

cili blender (2-3 sudu)

segenggam ikan bilis(goreng sampai garing)

sebiji limau sampal

1/2 biji bwg besar (hiris)

 

cara2

tumis bwg merah + belacan, masukkan cili. goreng sampai garing, letak garam, gula dan perahkan limau…dah ckp garing, masukkan ikan bilis dan hirisan bwh..taraaa..dah siap…sedap dimkn ngan nasi + ikan goreng + kicap …ngan roti pun sodap…

 

kalo ko nak wat byk2 lebihkan bhn2 nya…selamat mencuba..heheh

 

June 25, 2008 at 2:06 pm Leave a comment

lontong (resepi mas) – by aweng

chema.. lontong aritu dah jadi keee???? aku nak mintak resepi sambal kering mak ko buat tu.. teringat2 aaa.. boleh simpan lama n buat makan dengan roti.. aku nak diet lagi ni… ngeeee

 

ni resepi nya

 

Bahan Kuah Lodeh:- (sayur2ran ikut kuantiti masing2)
Kobis, dihiris sederhana halus
1/2 biji sengkuang, dihiris memanjang
Fucuk, direndam dan potong kecil
1 batang lobak merah, hiris nipis
Kacang panjang, dihiris serong
2 keping tauhu, potong dadu sederhana besar
Soo Hoon, direndam dan kerat pendek2
3 keping tempe, potong kecil
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, diketuk
1 camca besar cili kisar
1 biji kelapa, diparut
1/2 cawan isi udang
2 camca teh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
10 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Garam dan sedikit gulaBahan Lain:-
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah 2
Nasi impit/Ketupat
Serunding (tak letak, sebab tak buat..hehe)

Cara membuatnya:-

 

 

 

  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2. Ketepikan (kalau rasa nak lebih, boleh tambah air)
  2. Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan udang, lobak merah, sengkuang, fucuk dan tempe, gaul rata dan tuang santan no.2. Biar mendidih hingga hingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan suu hoon dan akhir sekali tuang santan no.1. Kacau dan biar mendidih atas api perlahan untuk 5 minit. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LONTONG:- Letak nasi impit dalam bekas sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2nya sekali. Letak telur, sambal tumis dan serunding (jika ada) sebagai pelengkap..Boleh lah makan lepas tu…hmmmm…

June 25, 2008 at 2:05 pm Leave a comment

tomyam (fanor) – by aweng

nak resepi tomyam ke…..
aku buat tak la sesedap kedai….
tapi boleh la….. 

bawang putih 3 biji – ketuk
bawang besar kaler putih sebiji – dihiris bulat2..
tomato 2 biji besar diramas
daun limau 1 atau 2
serai 2 (ketuk)
lengkuas 2 hiris
limau nipis 1 biji atau lemon 1/2 biji
lada serbuk 2 sudu besar (agak2 la)
cili padi – 10 biji (agak2 sendiri)
tomyam paste 1 atau 2 paket (ikut suka ko la…ada yg thai paste..adabi ke…kiub knorr ke)
ayam atau seafood atau sayuran (ikut la ko nak masak tomyam apa) 

caranya
rebus ayam atau seafood ko..kalau sayur takyah masukkan dulu. renihkan air aje…
bila ayam dah hampir masak..atau air dah didih…masukkan bawang putih, daun limau, serai, lengkuas, cili padi, lada serbuk,tomyam paste,tomato, limau,
pastu dah didh……masukkan bawang hiris…(aku tak suka bawang ni layu..kalau ko suka layu..ko masukkan sekali dgn yg bahan2 tadi tu)
pastu masukkan garam…gula sikit….ajinamoto kalu nak la….
siap la……

 

 

 

 

June 25, 2008 at 2:04 pm Leave a comment

singgang daging (izan kasik) – by aweng

singgang daging.. xpnh wat.. smalam tgk resipi dia kt majalah kt umah tp x igt..

singgang ayam penah aaa, tp rupe dia pelik skit.. kena modified skit dr singgang ikan..

 

ni resipi amik kt my.resipi:

 

Daging Singgang Merah

 

Bahan-bahan ( 5 org )

·    1/2 kg Daging

·    6 ulas Bawang merah

·    3 ulas Bawang Putih

·    2 keping asam keping

·    1 sudu besar ketumbar

·    sedikit lada hitam

·    1 sudu cili giling/cili kering (diblend)

·    Garam, Gula & perasa secukup rasa

·    1 sudu budu (jika suka)

·    1 inci halia (boleh kurangkan kalau tak suka)

Cara-cara

1. Hiris daging nipis-nipis. Bersihkan dan ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan masak. Bila air daging tu dah agak2 kering, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih..Dah pun siap. Senang dan sedap!

lg satu;

 

Singgang/Singam daging Kelantan

 

 

Bahan-bahan ( terpulang )

·    Daging (ikut suka banyak mana)-dihiris nipis-nipis

·    2 jenis cili (cili padi, cili kering-jika suka pedas)

·    Ketumbar-ditumbuk sedikit

·    asam keping (ikut suka)

·    bawang putih

·    bawang merah

·    lengkuas

·    sedikit manisan kerek/gula melaka

·    budu (memang lagi sedap kalau masukkan)

·    garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Daging dipotong nipis, sejat

2. Bawang putih, merah, lengkuas dipotong nipis, Cili padi di potong kecil-kecil

3. Masukkan semua bahan dan gaul lebih elok kalo diperap sekajap.

4. Jerang diatas api sampai daging masak. Rasanya daging singam ni pedas, manis, masin dan masam. Makan dengan nasi putih.

June 25, 2008 at 2:02 pm Leave a comment

Older Posts


Blog Stats

  • 17,692 hits

Recent Posts

Flickr Photos

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30