Selamat Hari Guru part 2

May 16, 2008 at 10:37 am 4 comments

kepada semua guru2 di Malaysia.. tak kira la guru tadika ke, guru tuisyen ke, guru sekolah agama ke, sekolah keb n men ke.. pensyarah ke (boleh la kan??).. SELAMAT HARI GURU.. @)—-

aku tulis post ni sebagai menjawab post aweng yang awal sikit.. (aweng, aku takut bila ko cakap camtu daa.. seram siut!!)

okey.. aweng ada tanya camne seharian aku bekerja.. aku rasa chema pun mesti perasan camne izni kerja kan? huhu.. biasa la aweng, mencari ilmu itu perlu.. aku rasa mana2 pensyarah pun duty harian dia lebih kurang sama.. tpp opss.. mesti korang kena ingat, pensyarah dan guru tidak sama.. ada banyak faktor tak sama.. tp aku masih hargai guru kerana membuka minda aku untuk jadi insan berguna (walaupun aku rasa ada kelemahan dengan sistem persekolahan kita..)

ooOOoo kalau ko nak tahu tugasan pensyarah bukan setakat mengajar ye.. itu yang paling utama. setiap kali nak mengajar kena mencari idea baru atau teknologi baru untuk diberikan kepada pelajar. tak la pelajar dok bersungut bosan je.. pensyarah hari ini kena lebih banyak mendalami ilmu ICT.. lagipun sekarang ni dah tak sama dengan dulu.. dulu lecturer kita pakai tranparency aje.. sekarang dunia dah makin luas, dari guna powerpoint sahaja ada yang dah mula pakai macromedia flash (aku terkedek2 belajar ni.. sbb kena curi2 masa), ada open source management (e.g kelas interaktif.. korang boleh search MOODLE), web page sendiri.. jawab soalan online (aku x berjaya lagi sebab geotech susah la nak buat online.. huhu) kalau guru kena tahu pasal pedagogi (kaedah pengajaran), lecturer pun sama.. kena buat banyak la weng.. tak terkejar.. yang pasti aku kena gali lebih banyak sumber.. dan nasib baik mulut aku ni ringan.. jadi banyak la lecturer yang senior jadi mangsa soalan2 tadika dari aku.. ehehehe

selain mengajar, seorang lecturer pun kena tambah ilmu dia untuk penyelidikan.. nak come out new idea bukan dalam masa sehari.. lagi pula untuk orang macam aku yang baru ade master aje.. huhu.. jenuh juga.. kalau kita dah buat phd, sekurang2 nya kita sudah ada sedikit background untuk buat research.. mana nak cari ide research??? ha.. dari situ la ICT main peranan.. sebab buku agak lambat sikit.. kekadang benda nya dah 2/3 tahun baru sampai pada kita.. jadi, internet dan conference la jadi tempat untuk mencari idea dan network…. sebab tu korang selalu je tgk aku online.. sehabis mungkin aku guna masa utk online.. dari cari ilmu pasal civil, aku juga boleh tgk dunia dari ICT.. bak kata dekan aku “the world is our classroom”.. hehe.. tagline yang baik kan??

di samping mengajar dan buat research, pensyarah juga kena cari income extra!! hahaha.. jangan x tahu, boleh dikatakan setiap pensyarah ada income extra sendiri.. yang bagusnya, bukan sahaja dapat duit, malahan dapat practice knowledge kita.. duit juga boleh dapat dari fund/ grant.. kalau dah prof2 tu, x main la geran ciput.. aku pun setakat 100k aje geran yg baru aku perolehi.. kawan2 lain ade dah berjuta2.. huhu.. setiap income yang digenerate inilah digunakan untuk buat research dan utk kami travel..

lepas tu pulak, kena buat publication.. ha.. bab ini aku mmg la agak ketinggalan.. sebab kita ni jenis jarang menulis.. membaca pun kurang.. ape lagi menulis.. untuk kenaikan pensyarah USM.. (aku rasa u lain pun sama), salah satu tabung yang perlu dipenuhi adalah publication.. jurnal, buku, papers dsb.. haa.. sebab tu kalo korang baca weblog aku kadang2 aku gigihkan jugak tulih english.. sebab english aku lemah.. jadi ini salah satu cara nak practice..

selain tu.. kena juga buat khidmat masyarakat.. bab ni memang kelakar.. sebab setiap tahun, markah aku jadi kurang sikit sebab x buat ini la.. ade ke ex-prog chairman aku pernah cakap “ala mas, kau ajar KAFA la kat sek untuk dapat markah ni” HAHAHAHAAH… macam nak pengsan aku gelak.. sebab tu banyak lecturer jadi member PIBG utk sekolah anak dia.. supaya dia ada bahagian ni..

well, enough said..  yang pasti, untuk buat benda ni semua, kena multitask.. tak boleh rehat2.. (kekadang tu kantoi gak aku).. mastura time belajar dulu dah makin menghilang (mesti fanor n chema tau.. aku ni bukan rajin benor) sekarang ialah mastura yang baru.. tengah upgrade jadi centrino duo.. hahahaha.. pembahagian masa aku sgt terhad.. tp aku masih juga nak enjoy!! biasalah aku.. sebelum aku jadi terlampau sibuk cam kawan2 aku yg lain, aku nak la keep in touch dengan korang semua.. hehehe

sayang korang!!

 

okey.. aku dah terlambat nak gi meeting ni.. chiow!!

Entry filed under: Sesi Mengarut dan Bercakap Bukan2. Tags: .

Citer PenGalaman KengKawan BerSalin – by Aweng SELAMAT HARI GURU

4 Comments Add your own

  • 1. chema  |  May 16, 2008 at 2:57 pm

    mas tgk gambar ko kat sini cam kurus je.tapi dlm fp cam double dr ni..heheh…

    Reply
  • 2. aweng  |  May 16, 2008 at 3:45 pm

    siot jer chema!

    Reply
  • 3. aweng  |  May 16, 2008 at 3:46 pm

    mas memang dah btolkan pose tuh.. tuh yg amik belah atas jer tuh… boleh tipu pelihat (btol ker perkatan nih?)….

    Reply
  • 4. mast  |  May 16, 2008 at 3:55 pm

    oi oi.. sabau je aa

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Blog Stats

  • 17,228 hits

Recent Posts

Flickr Photos

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

More Photos
May 2008
M T W T F S S
    Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

%d bloggers like this: