PENGALAMAN DENGAN HOSPITAL KERAJAAN

Okay…lama tak update blog ni la…mana semua kengkawan…..

 

Takziah untuk aweng sebb ayah kau accident..semoga cepat sembuh.

I’ve read your blog « Bikin Panas »..aku nak komen sikit kat sini pengalaman aku deal dgn hospital kerajaan ni.

 

I still remember when i was 18 (9 years ago)….untuk kemasukan universiti memang la kena g buat medical check up. Jalan paling mudah…g gov hospital because free…lagipun ayah aku pencen kerajaan. Senang (kononnya). Aku dah tercongok kat hospital tu dr kul 8 pg. Dengan no 18 yg aku ada tu….aku tunggu la..tapi korang bayangkan sampai kul 12 tgh pun aku tak masuk2 lagi jumpa Dr. Sampai ayah aku paksa aje terus masuk pintu dia….seingat aku dah 12.15..aku terus aje masuk lepas ada sorang kuar dr bilik Dr tu. Dr tu kata dia nak lunch…(Indian lady)..aku jawab..saya dah tunggu dr pukul 8 pagi…pastu dia tengking aku and membebel…..”awak ingat saya ni apa saya nak makan , awak tunggu kat luar lama2 buat apa ,saya nak makan..datang lepas ni tak boleh ke”….aku jawab la balik….tapi baik2 aje aku jawab “saya dah tunggu dr pukul 8 pagi..no saya tak dipanggil macamana saya nak masuk”…dia terus rampas kertas aku tu…check sikit2….pastu dia tgok muka aku dah merah nak nangis..baru la dia cool down sikit. Cakap baik2…tak sampai 10 minit pun check nya. Pastu kena g x-ray….haa…aku terus la melalak kat situ..(masa tu still gembeng lagi..hehehe)…tapi kuat gak nak Tanya kat abang x-ray tu…”Apa nama Dr tu?”…”kenapa” abang tu tanya….”saya cuma nak tau apa nama Dr tu…” abang tu tanya lagi..”nape dik” …”Dr tu tengking saya tadi”…..abang tu terus mohon maaf  bagi pihak hospital kat aku …..well…orang yg belajar pandai2 ni pun..sengalll……

 

When I was 20….ayah aku admitted kat ICU…sebb jantung….kat hospital Sultanah Aminah (HSA)…Thank you for all nurses and doctor……really good and nice attitude….sedap mata pandang dan hati terima dan telinga mendengar. As a reward…ayah aku suh bagi nasi lemak beras basmathi + ayam goreng yg dibungkus dgn daun pisang untuk setiap seorang….gemuk nasi lemak tu..kalau kat kedai mau 4 inggit….”ala susah2 aje pakcik bagi nasi lemak..” ceh ceh ceh..misi2 ni..malu2 lak…hehehhe

 

 

When I was 21 yrs old, aku sekali lagi deal ngan hosp tmpat aku ni sebb ayah aku retak buku lali. So kena simen. And g la utk further check up. 1st…bila jumpa Dr. Lelaki and graduate UM. (sebb ada cop kan). Boleh dia cakap kat ayah aku….kasar2…ayah aku tanya la kan nak simen yg ringan sikit (fiber)..dia boleh jawab…”ala buat apa nak simen…pakcik ni bukan sakit sangat pun….tak yah nak simen2”..well cakap la baik2…dia ingat apa…tak hormat langsung aku yg ada dalam  bilik tu…at least respect anak dia kan….dan respect as a org tua…susah sangat ke.

Tu belum lagi cara dia cakap macm bagus ..aku rasa nak bagi starlite aje kat dahi dia…

So..bila dah habis tu tunggu la kat luar…tp tetiba no ayah aku kena panggil sebb kena bayar RM1 utk charge. Aku malas nak cakap pape..bayar aje la sebb singgit…walaupun actually ayah aku tak yah bayar sebb gov servant. So bila ayah aku tau kena bayar..ayah aku naik suara sikit la…kata apasal kena bayar pulak …”I served gov for 30 years…and you want to charge me?”…tu la bapak aku….cakap omputih kalau marah….hehehhe..

Pastu terus la makcik kat kauter tu panggil aku pulang kan duit singgit..tapi yg aku tak tahan tu…siap warning aku tu..”LAINKALI SEBUT AYAH AWAK TU GOV SERVANT DULU….SENANG…NAH AMIK SINGGIT AWAK NI BALIK”..cakap kat mic lak tu…heheh…boleh gitu? Hello…makcik…kau kan ada rekod kat tangan ko tu….takkan la ko tak tau…sebb  ada kepilkan sekali copy kad pencen bapak aku okay…..ko buta ke hapa? Salah aku ke?

 

Okay habis ayah aku…mak aku lak….

 

Masa umur aku 23 tahun…..aku bawak mak aku g spital Kota tinggi….mak aku berpeluh tak hingat banyaknya…so aku bawak mak aku g check. Sampai satu Dr pompuan ni…..from UM jugak….dia cakap kat mak aku dengan mata jeling2…aku ingat kan mak aku aje yg dia jeling…ngan aku2 sekali dia jeling….bila aku tanya bagi pihak mak aku…dia jawab tak pandang langsung muka aku dgn mulut macam tapir…..muncung sedepa…bila dia kata mak aku berpeluh sebb kan metabolisme..aku tanya la..”apa kena mengena metabolisme?” ye la..aku tak tau…aku tanya la…pastu dgn menjeling dia jawab … ”metabolisme la” …okay….menyampah la tu…..malas nak tanya lagi..aku tak tau aku tanya…bila aku tanya ko jawab macam mangkuk….kalau aku Dr takkan aku tanya mangkuk!!!!! Fine!!!!!…malas nak layan.

 

 

2nd time ayah aku kena masuk ward sekali lagi and also for the last time…..sob sob sob..miss u dad….

 

Dr Jb sampai ke KL ayah aku kena transfer…..kat JB semua okay……well done!!!..tapi bila sampai kat General Hospital KL ni pulak….doctor2 baik giler…sebb maybe yg handle ayah aku Dr2 pakar yg sangat baik hati….tapi yg tak best nya pulak…misi2…bukan misi2 muda ni…misi yg konon terror ni….memang diorang lagi terror punnn….hehhehe

 

Mak aku pernah g kat satu misi A ni…tanya size pampers utk belikan ayah aku sebb diorang ada bg satu hari tu….so mak aku tanya la…misi tu leh jawab apa tau “ KAT SPITAL NI TAKDE JUAL PAMPERS MAKCIK..KALAU NAK KENA BLI SENDIRI”…dgn tonasi yg agak keras…..mak aku jawab la..”MAKCIK BUKAN NAK PAMPERS…MAKCIK NAK TANYA SIZE PAMPERS UNTUK SUAMI SAYA YG HARI TU AWAK ADA BG..ANAK MAKCIK NAK PERGI BELI KAT LUAR”…ha tu la….misi..ko ingat kitorang ni mintak sedekah ke?…actually…bapak aku leh dapat free pun….tapi kitorang tak pedulik pun….even bil tu pun kitorang leh claim balik ko tau tak…kan dah malu sendiri…lenkali berbudi bahasa.

 

Ada one day tu….Dr and misi B dah explain kat kakak aku…tapi kakak aku dah balik….so aku datang..aku nak tau apa citer nya….mak aku suh tanya misi tu…aku tanya la ngan sopan santunnya…dia jawab “saya dah explain kat kakak awak..” kakak saya takde la kak”…”ai..takkan dengan semua anak nak kena explain…tanya kakak awak tu”….mak aiii…..kurang ajar betul misi ni…aku rasa nak sepak aje muka dia…nasib baik aku kenangkan ayah aku yg akan dok kat wad tu ..kalau tak mau aku buat report….kang aku report kang dia layan ayah aku macam tanzamania pulak kan…..aku diam aje…mak aku siap kata..sabar je la….pastu dia leh membebel2…”susah macam ni…patient sendiri refuse nak buat operation….kita nak dia baik…tapi dia tak nak..pastu komen tu komen ni…” (ayah aku refused untuk buat bypass dia kata..biar dia mati mcm ni..ayah dah tua)…woi makcik…bukan hak ko utk cakap mcm tu…itu hak manusia utk memilih..kau tau tak..kalau ko dah tua…ko sakit mcm tu…baru ko tau….lagipun Dr terus terang cakap…ayah aku punya harapan utk bypass 70-30/30-70….ayah aku tak nak..so what???

Bila aku nampak Dr tu…aku terus g kat area2 dia…even dia tgh explain dgn houseman yg lain…dia trus g kat aku and explain..walaupun aku berdiri kat dinding aje tgok dia….he was really nice to all our family members. I believed…my brotherssss dah call Dr ni personally ..but he still pick up the phone and explain. See….professional ngan tak professional….very much different.

 

Well..itu lah last aku deal ngan spital kerajaan…aku tak kata semua teruk ..ada yg baik…tu baik…sekrg ni banyak budak2 muda….well aku harap korang ni ubah la perception org lain terhadap hospital kerajaan….ada yg berubah bukan langsung tak berubah…..Cuma kadang2…perception org awam tentang attitude pekerja hospital2 kerajaan sangat buruk…kalau ada 10 yg baik…dan satu yg jahat…we will talk about yg jahat…so buruk nama korang..but really…as a doctor…kena jaga attitude…sebb gelaran “DOKTOR” tu sangat besar…..untuk misi2 tu..kalau korang marah2 ni..aku anggap korang penat aje la ye….tak pun..korang period…settleeee

 

 

Posted by fanor…..

August 13, 2008 at 9:14 pm 11 comments

hindarilah…..

saja je aku paste kat sini….sebb aku pun ada pengalaman berhadapan dgn org yg tundukkan suami dgn cara terlarang. banyak kali jumpa panties dalam teko….tabur sana tabur sini…..aku dah nampak natijahnya terhadap kehidupan mereka….

benda ni aku amik dr internet..org paste situaku copy paste sini…..pengalaman seorang ustaz

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

August 13, 2008 at 4:35 pm 3 comments

My online boutique

Assalamualaikum,

Maybe some of you dah dapat email dari Anis pagi ni. But to those yang tak dapat, Anis paste email tu kat sini la ek.

I’m so excited to annouce today is the opening of my online boutique called Dressed by Embun @ http://dressedbyembun.blogspot.com

Please spend a few minutes to browse thru our collection especially for muslimah. We’re also having an opening promo for the early birds.

So hurry, get Dressed by Embun.

Happy Shopping!!!

p/s: Please forward this email to other fashionistas like you. Tq.😀

xoxo

Anis.

August 8, 2008 at 11:35 am Leave a comment

HORMATI KEDUA IBU BAPA DAN WARGA TUA .

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia mahupun di akhirat.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An Nisaa’ ayat 36, tafsirnya:

 

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan suatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga diri.”

Berbuat baik terhadap kedua orang tua hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Jika kita tidak berbuat baik terhadap keduanya maka kita melakukan dosa besar kerana melanggar perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15, tafsirnya:

 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

Sesungguhnya terdapat banyak cara kita berbuat baik terhadap orang tua, contohnya kita wajib berlaku sopan dan hormat terhadap mereka, kita tidak dibolehkan bercakap kasar terhadap mereka, kita hendaklah memanggil mereka dengan suara yang lemah lembut dan panggilan yang menyenangkan, apabila mereka memanggil hendaklah kita mendatanginya serta menjawab pertanyaannya, apabila mereka meminta makanan atau pakaian, kita wajib menunaikannya, apabila mereka menyuruh berbuat sesuatu kita hendaklah melaksanakannya kecuali perkara yang dilarang oleh agama dan jangan sekali-kali lupa mendoakan mereka supaya Allah Subhanahu Wata’ala mengampunkan dosa-dosa mereka. Sebenarnya begitu tinggi keutamaan berbuat baik kepada kedua orang tua menurut ajaran agama Islam, sebagaimana Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanyakan berkenaan hak kedua orang tua terhadap anaknya. Baginda menjawab: “Humma Jannatuka Wannaruka’’ (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah) maksudnya: Kedua mereka adalah yang menyebabkan engkau masuk Syurga iaitu jika engkau mentaati mereka atau menyebabkan engkau masuk Neraka iaitu jika engkau derhaka kepada mereka.”

Sebagai anak adalah wajib ke atas mereka menjaga ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah tua dan uzur yang tidak berupaya mengurus diri mereka sendiri. Dalam menghadapi situasi sedemikian sebagai seorang anak hendaklah bersabar melayani kerenah mereka, jangan mudah hilang sabar, melenting dan marah, kerana perbuatan demikian akan mengguris dan menyakiti hati mereka. Jika hati mereka terguris, itu bererti anak telah derhaka kepada mereka.

Salah satu tanda seorang anak tergolong sebagai orang yang derhaka kepada ibu bapanya ialah anak yang mengakibatkan kedua ibu bapa mereka menangis disebabkan perbuatan anak yang melukakan hati mereka. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radiallahuanhuma, beliau berkata, maksudnya:

“Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Tuntutan berbuat baik, bukan terhad kepada ibu bapa sahaja bahkan termasuk juga warga tua, baik yang ada hubungan kekeluargaan ataupun tidak. Sesungguhnya warga tua juga mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang dan penghormatan. Maka dalam hal ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan umatnya untuk menghormati orang tua dan menganjurkan untuk menjaga hak mereka.

Inilah sepatutnya yang kita lakukan terhadap ibu bapa dan orang-orang tua, iaitu dengan memberikan kasih sayang dan perhatian, memeduli keperluan dan kebajikan mereka serta menggembirakan hati mereka. Jangan sampai terjadi pengabaian ibu bapa dengan membiarkan mereka tinggal bersendirian dalam keadaan uzur dan memerlukan pemedulian dengan alasan-alasan sibuk, tidak ada masa, tidak ada sesiapa yang boleh diharapkan untuk mengurus dan sebagainya. Perlu diingat bahawa pengabaian itu adalah perbuatan derhaka yang boleh menyebabkan seorang itu masuk neraka.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat menyatakan bahawa di antara punca berlakunya pengabaian terhadap warga tua yang sudah tidak berupaya di negara ini ialah kerana malu untuk menjaga mereka yang menghadapi masalah fizikal dan mental dan terdapat juga yang tidak mahu menjaga mereka kerana membalas dendam terhadap kelakuan, peristiwa atau kisah lampau warga tua tersebut. Ada juga terdapat keluarga terdekat atau adik-beradik yang tidak mahu menjaga ibu bapa apatah lagi untuk menjaga saudara mereka yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, ada juga yang tidak mahu dengan alasan ada tanggungan sendiri dan sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk membiayai mereka. Ada pula anak-anak yang beririh-irihan untuk menjaga mereka, keadaan ini menyebabkan mereka jauh hati dan merelakan diri mereka tinggal keseorangan.

Apa yang lebih menyedihkan terdapat anak-anak yang mengambil kesempatan, meminta wang atau mengambil wang ibu bapa mereka sedangkan wang itulah sahaja yang mereka harapkan untuk belanja seharian dan kebanyakan ibu bapa berdiam diri demi mengelakkan pertengkaran dan mengelakkan diri tidak dipedulikan. Ada juga ibu bapa yang disuruh menjaga cucu padahal mereka sendiri tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri. Mereka sendiri sebenarnya memerlukan penjagaan dan perhatian, namun disebabkan terlalu kasihkan anak, beban ditanggung juga tetapi dengan memendam rasa.

Menurut statistik dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, sejak tahun 2000 hingga sekarang, jumlah warga emas yang dilaporkan tinggal sendirian ialah seramai sembilan orang, manakala yang menghadapi masalah penjagaan ialah seramai 21 orang. Walaupun jumlah tersebut masih kecil, pengabaian ibu bapa dan warga tua sepatutnya tidak berlaku. Perbuatan anak-anak seumpama ini sangat memalukan dan dikesali.

Kita jangan lupa bahawa kita tidak selama-lamanya muda. Tetapi akan melalui zaman tua. Maka pada ketika itulah kita akan merasakan apa yang orang tua pada masa ini rasakan. Inilah hasil dari tingkah laku yang kita lakukan kepada mereka. Jika kita tidak menghormati mereka, maka kita juga tidak akan dihormati, begitulah seterusnya.

Saudara-saudara sekalian, bayangkanlah kalau ibu bapa sanggup menjaga anak-anaknya yang ramai, kenapa pula kita tidak sanggup menjaga mereka, lebih-lebih lagi mereka yang sudah tua dan tidak berupaya menyara hidupnya sendiri.

Sebenarnya apa-apa pun yang kita lakukan atau korbankan belumlah cukup untuk membalas jasa ibu dan bapa. Masa mereka masih hidup inilah kesempatan untuk kita berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya seperti memberi perhatian, pemedulian dan kasih sayang, menghulurkan wang ringgit dan begitu juga kita hendaklah selalu menziarahi ibu bapa yang tinggal berasingan dengan kita. Dan jika mereka sudah tiada, ziarahilah tanah perkuburan mereka dengan mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk mereka. Dan buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan diniatkan pahalanya untuk arwah ibu dan bapa.

Akhirnya, sama-samalah kita menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin. Janganlah kita mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 23 – 24, tafsirnya:

 

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil.”

 

posted by Mrs Fanor

July 1, 2008 at 3:27 pm 1 comment

10 cara membahagiakan ibu bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

 Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

 Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

 2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. 

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

 Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

 

 

 

 

posted by mrs fanor 

 

July 1, 2008 at 3:22 pm Leave a comment

masak ketam rebus (resepi fanor)- by aweng

aku pulak bagi resepi ketam hari ni…walau takde sapa yg keje……hehehehehhe

  

ini style jordan perasan omputih punya resepi…….  

bawang besar hiris bulat (sebiji besar atau 2 biji)
bawang putih hiris 2 biji
lemon atau limau nipis atau limau kasturi
mix herbs (ada jual kat hypermarket…ala aku lupa la nama betul dia…ada jual dalam botol)  

sonang ajo….  

bersihkan ketam..tos
masukkan dalam periuk
masukkan bawang hiris2 tu
perahkan limau

 

 

 

 

taburkan herba tu…sikit jek…janji ada nampak daun..banyak2 tak sedap
pastu tutup periuk  

tunggu sampai air ketam tu kering…
jgnlupa gaul2..takut hangit pulak
pastu ketam dah masak…okay la tu..  

kalau korang nak rasa mesia sikit..letak la serai ke halia ke..

 

 

 

 

 

 

 

 

June 25, 2008 at 2:08 pm 2 comments

masak lemak (confirm resepi mas)- by aweng

masak lemak style aku

 

bahan blend:

Bawang merah 3 ulas

Bawang putih 2 ulas

Kunyit idup 1 inci

Cili Api 7-9 biji.. lagi banyak lagi pedas

Cili hidup 1/2 biji

Serai 1 dihiris halus

 

(blend semua bahan di atas) 

 

Aku jenis x mau tumis.. jadi aku masukkan bahan blend, masukkan air dalam 2 cawan.. bagi menggelegak, masukkan asam keping 3.. lepas tu masukkan ketam/ udang/ ikan masin dsb bergantung kepada lauk ko..

pastu masukkan santan 3/4 cawan.. tengok sama ada pekat atau tidak.. kalau kunyit ko x berapa kuning, leh masukkan sikit kunyit serbuk.. pastu masukkan garam.. bagi menggelegak.. make sure kacau sentiasa supaya x jadi ‘kepala’

 

sekian..

 

semoga berjaya

June 25, 2008 at 2:07 pm Leave a comment

Older Posts


Blog Stats

  • 17,122 hits

Recent Posts

Flickr Photos

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

More Photos
August 2016
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.