tomyam (fanor) – by aweng
nak resepi tomyam ke…..
aku buat tak la sesedap kedai….
tapi boleh la…..
bawang putih 3 biji – ketuk
bawang besar kaler putih sebiji – dihiris bulat2..
tomato 2 biji besar diramas
daun limau 1 atau 2
serai 2 (ketuk)
lengkuas 2 hiris
limau nipis 1 biji atau lemon 1/2 biji
lada serbuk 2 sudu besar (agak2 la)
cili padi – 10 biji (agak2 sendiri)
tomyam paste 1 atau 2 paket (ikut suka ko la…ada yg thai paste..adabi ke…kiub knorr ke)
ayam atau seafood atau sayuran (ikut la ko nak masak tomyam apa)
caranya
rebus ayam atau seafood ko..kalau sayur takyah masukkan dulu. renihkan air aje…
bila ayam dah hampir masak..atau air dah didih…masukkan bawang putih, daun limau, serai, lengkuas, cili padi, lada serbuk,tomyam paste,tomato, limau,
pastu dah didh……masukkan bawang hiris…(aku tak suka bawang ni layu..kalau ko suka layu..ko masukkan sekali dgn yg bahan2 tadi tu)
pastu masukkan garam…gula sikit….ajinamoto kalu nak la….
siap la……
Add comment June 25, 2008
singgang daging (izan kasik) – by aweng
singgang daging.. xpnh wat.. smalam tgk resipi dia kt majalah kt umah tp x igt..
singgang ayam penah aaa, tp rupe dia pelik skit.. kena modified skit dr singgang ikan..
ni resipi amik kt my.resipi:
Daging Singgang Merah
Bahan-bahan ( 5 org )
· 1/2 kg Daging
· 6 ulas Bawang merah
· 3 ulas Bawang Putih
· 2 keping asam keping
· 1 sudu besar ketumbar
· sedikit lada hitam
· 1 sudu cili giling/cili kering (diblend)
· Garam, Gula & perasa secukup rasa
· 1 sudu budu (jika suka)
· 1 inci halia (boleh kurangkan kalau tak suka)
Cara-cara
1. Hiris daging nipis-nipis. Bersihkan dan ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan masak. Bila air daging tu dah agak2 kering, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih..Dah pun siap. Senang dan sedap!
lg satu;
Singgang/Singam daging Kelantan
Bahan-bahan ( terpulang )
· Daging (ikut suka banyak mana)-dihiris nipis-nipis
· 2 jenis cili (cili padi, cili kering-jika suka pedas)
· Ketumbar-ditumbuk sedikit
· asam keping (ikut suka)
· bawang putih
· bawang merah
· lengkuas
· sedikit manisan kerek/gula melaka
· budu (memang lagi sedap kalau masukkan)
· garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Daging dipotong nipis, sejat
2. Bawang putih, merah, lengkuas dipotong nipis, Cili padi di potong kecil-kecil
3. Masukkan semua bahan dan gaul lebih elok kalo diperap sekajap.
4. Jerang diatas api sampai daging masak. Rasanya daging singam ni pedas, manis, masin dan masam. Makan dengan nasi putih.
Add comment June 25, 2008
char hor fun (mas kasik) – by aweng
semalam aku masak char hor fun.. resepi ni aku cilok dari rinnchan (page fotopages)
sedaaaaaapppppp
tapi x sempat amik gambar.. sori.. ( ni gambar dari webpage rinnchan je)
tadi aku kuar.. berpoya2 sambil cari barang.. ngeee
Ingredients:
- makes 6 to 7 servings
1 pckt raw kuey teow (abt 600gm)
3 cloves garlics
1 teaspn white pepper
1/2 teaspn black pepper
chicken fillet, thinly sliced
meat, thinly sliced
12 med sized prawns
15 fishballs
5 crab flavoured fish filamen
2 cubes chicken stocks
1/2 carrot, julienned
kailan
spring onion
eggs
sesame oil
5 tblspn soy sauce
corn flour, mix with 1/2 cup of water
Water, sufficiently
Method :
1. Clean kuey teow with hot water. Drain and keep aside.
2. Sprinkle 2 or 3 drops of sesame oils into frying pan and pour in soy sauce. Immediately add in kuey teow, stir just until soy sauce coated the kuey teow.
3. Divide and place kuey teow on prepared plates.
4. Seperately prepare the gravy. Just stir fry garlics, add in peppers. Continue fry, then add in meat. Stir and leave to cook.
5. Add in chicken fillet, prawn, fishballs and crab filamens and vege.
6. Pour in water and let simmer for a while. When it starts to boil, crush in chicken stocks and pour in cornstarch mixture and let simmer until gravy thickens.
7. Add salt to taste.
8. Break eggs into gravy one by one (qty according to servings) but do not stir.
* Just pour the hot gravy on kuey teow served on plates.. and have with soy sauce and bird chillie.
Add comment June 25, 2008
mee hailam (resepi chema)- by aweng
mee hailam aku khas utk yg pemalas …tapi sodap..tul tak czah..heheh
method:
tumis bwh putih (1/2 labu-titik je) sampai naik bau. masukan ayam, lada sulah (lebikan kalo nak pedas2), kiub ayam. biar sampai ayam masak. masukan sotong, udang, air, sos tiram (lebihkan, tapi kalo kuah dah masin ,sbb dah masuk kiub ayam, tambah kicap manis- nak kasi kuah tu gelap), asam keping. biar sampai mask. masukkan telur (agak2 la brape byk).tambah perisa….masuk sayur, carrot, btg celery, ape2sayur la…kalo nak pekat masukkan tepung jagung skit..tapi aku tak berape suka…dah siap…masa nak mkn tu, taburkan bwg goreng , cli jeruk…yummiiiii
spegetti tu masa rebus ko letak garam skit tau…
1 comment June 25, 2008
kenangan terindah
by Puan Mastur
Wah, rasanya dah lama aku tak mengupdate blog ni.. alahai, masa memang mencemburui kita.. aku time cuti ni ingat dapat le ngulor2 skit.. haram, lagi bz ada laa.. apa2 pun memandangkan tinggal 3 minggu sebelum aku kena mula mengajar, harini aku nak flashback kembali kenangan silam kita yang dirindui..
kalau korang masih ingat time bulan 6 gini tahun 1999, mesti semua tengah sibuk2 prepare nak masuk universiti.. ye laa.. masa tu aku rasa cam mem besar kejap, beli itu la, beli ini laa.. baru dapat lesen aa, nak buat medical check up la.. masa beredar pantas, lepas je dapat surat masuk ke utm, bergegas buat persiapan mana yang patut..
hari pertama masuk utm memang mendebarkan.. ye aa.. dah le tu first time aku jauh tinggalkan rumah, tak kenal sesapa pun.. sampai2 utm pagi2 hari.. dah kena beratur kat ktr nak daftar.. amik gambar (ye gambar aku mmg buruk.. sib baik matrik kad first hilang) dan bz persiapan masuk ke bilik kolej.. aku dapat roomate awek ganu.. si mariani.. minggu haluan siswa mengetemukan aku dengan azah, chema n dongan.. (pelik aku geng ngan hangpa.. aku budak K06) waktu tu la mula2 ada geng.. dan waktu tu la dah mula jadi dajal cam haram.. hahahha.. kena sound berborak kat masjid laa.. (aku ingat insiden kena sound kat dewan ktr dengan hisbah.. time tu tutup lampu, abg tu tanya aku “cuba awak cerita apa khutbah maghrib tadi”.. aku jawab “saya tak dengar” dia marah “awak buat apa?? duduk dekat mana time tu?”.. aku jawab “saya duduk luar, saya cuti” terus terdiam mamat tu.. aku rasa si Ed yg tanya aku.. ingat x ngan abg Ed tu???)
Aku akui, time tahun2 awal tu memang aku perangai hampas.. tu yang x dapat kolej abis tahun satu.. gi merayu ngan chema kat Mr K, baru dapat masuk, dengan syarat kena jadi AJK SUKAM.. huhu.. time awal2 aku masuk utm aku banyak gak kawan.. tapi memula aku x reti nak kawan fanor.. hahahaha.. pelik aku tgk minah tu.. ye aa.. kat luar sikit punya pakai tudung, sekali tgk tv kat K04 baru aku nampak rambut dia kaler2.. gile ape minah ni.. hahah.. sekali time tahun 3 aku jadi roomate ngan chema n fanor.. baru aku kenal hati budi fanor.. dan terus terang, sampai sekarang aku sayang kat korang berdua cam adik beradik aku sendiri..
hehe.. aku stop sini.. kasi laluan untuk komen2.. ni baru start je ni..
XOXO mastur
17 comments June 17, 2008
cerita Malaysia – part 3
part 3
habis kisah aku di malaysia…aku sambung kisah aku kat luar…
one day aku try la g kat thai massage centre kat qatar ni…utk massage la apa lgi kan. So tukang massage aku ni org thai ofcourse, bila aku bgtau dia aku org malaysia..dia suka la..sebb jirankan. Cerita punya cerita…dia cerita la yg dia pernah pergi Malaysia. Masuk untuk bekerja secara halal. Dibawa masuk oleh org Thai sampai sempadan dan berpindah kuasa ke org malaysia selepas sempadan. Org Malaysia tu Melayu ke..cina ke..india ke…aku tak pasti. Dia kata..dia bayar RM 900 utk masuk Malaysia…sampai2 aje di Malaysia memang la jadi tukang urut tapi tukang urut yg extra2 jugak. Dia kata..dia menangis..and sampai satu masa…dia and the gang ambik passport diorang and terus lari balik Thai. sampai sekrg dia tak mahu lagi datang malaysia. 2 minggu dia kat Malaysia. Dia kata yg ramai berurut tu..orang melayu…dan polis2…aku ulangi…polis2. Oooooooo…bang polis…korang tahu ada rumah urut rupanya…tapi korang pun sama gak berurut patutla tak sudah2 kes rumah urut…korang yg lebih2 rupanya. Mana la pergi kawalan polis…susah macam ni….harapkan dia…dia pulak yg over. Hampeh!!!!
Lagi…laki aku punya boss org malaysia jugak..dia cerita yg dia frust sangat2 dgn malaysia. antara cerita yg menarik perhatian aku bila dia cerita yg pekerja2 indon dia ada yg mati sebb bot karam. so dia dgn org2 kampung ni buat la aktiviti mencari mayat. nak tunggu gang2 wakil rakyat memang takde la…tapi bila dia ngan org kampung dah jumpa mayat tu…eh eh…tetiba ada pulak wakil rakyat ni. korang tau dia nak apa….org2 wakil rakyat ni nak amik gambar dgn mayat utk kuarkan dalam paper mengatakan wakil rakyat and the gang ni buat aktiviti menyelamat. hahaha….sampai dah mati pun diorang ni nak gunakan kita. muka tembok la tu. itu lum lagi boss laki aku buat sumbangan kat keluarga mangsa…wakil rakyat and the gang ni sibuk2 nak bagikan and ambik gambar…konon2 dia bagi la tuuu……..pigi dahhh. Itu lum lagi pekerja kat rumah kongsi….polis datang tiap2 minggu mintak sorang 5 ringgit . Korang fikir la…sorang RM5..katakan ada 20 orang..untuk 4 minggu. RM 400 sorang polis/ sebulan. Lepas bayar ansurans kereta sebulan tau. Makan la duit tu polis2 oii… benda haram. Anak isteri makan..dia makan…..dunia ko lepas la…akhirat ko jawabbbb.
Penat dah aku type ..hehhee..tapi aku cerita benar…..itu yg jadi….yelah..ada baik ada buruk….tak semua buruk..cuma org kata…kerana nila setitik..rosak susu sebelanga….dan sapi punya susu “LEMBU” dapat nama atau pun LEMBU punya susu sapi dapat nama..antara dua la tu….apa pun….bersyukur la sebb kita rakyat MALAYSIA. Aku yg bukan anak org senang ni merasa la pinjaman buku teks masa sekolah dulu. dapat gak la pinjaman utk belajar..shhhhh…banyak tunggakan lagi tu. Dapat gakla membesar dgn ada budi bahasa, ada makanan, ada air, ada letrik, masih bersyukur sebb lahir sebagai anak malaysia. Dalam kekalutan sekrg ni harap2 semuanya terjaga. Malaysia tu semua nya ada cuma kena kawal betul2…kalau kena dgn pentadbirannya…kena dengan pentadbirnya…tentu rakyat MALAYSIA boleh kaya dan hidup senang. Misi aku kalau dapat kerja gov..cuma satu aje…..HAPUSKAN RASUAH dan bebaskan rakyat untuk bersuara. Pada parti2 di Malaysia tu amik2 la kata2 rakyat sebagai panduan even dalam blog (ye la nak g cakap kat public kena tangkap pulak kan). Yang elok jadi panduan, yg tak elok jadi teladan. Dan utk Pak Lah….lu fikirlaaa sendiri…..utk Che Det….tak yah fikir2 dah dan selamat maju jaya….utk semua dan aku sendiri…..semoga terus jadi bijak dan kaya…hehehe
Dah la..aku dah penat…..time utk lunch….
p/s..actually…aku malas nak buat kerja…sembang ngan korang lagi best….ahakss….
FANOR ANAK MALAYSIA
9 comments June 12, 2008
cerita Malaysia – part 2
part 2…..
Semua dah tau aku keje kat hujung benua and dekat ngan indonesia. Kadang2 time kitorang dok gelak2..terdengar pulak bunyi tembakan. Askar berlari kejar pendatang haram ni naik moto tinggi tu..apa ntah nama dia..scrambler…tul ke aku eja. One Friday afternoon….org tgh sembahyang Jumaat…aku lalu la depan sungai kecik nak balik opis sorang2. aku nampak la ada sorang pakcik ni berdiri kat pokok besar sambil silang tangan mengadap ke anak sungai tu. ku fikirkan apa la yg dipandang lama2…bila aku tgok rupanya..mat2 indon ni berlari2 masuk dalam van. ada yg sampai terjatuh2 dalam sungai tu…bangun balik utk cepat2 masuk dalam van. kesian kat indon2 tu pun ada..geram kat pakcik tu pun ada. Aku kenal sangat kereta pakcik tu. Memang selalu nampak..nissan lama kaler kelabu…tapi pakcik tu memang aku tak pernah nampak. Kalau fikirkan balik…takkan la askar2 ni takleh nak fikir..time free cam sembahyang jumaat ni org akan buat “kerja”. bukan nya kawasan tu tak pernah org menyelinap…dah memang kawsan favourite…apa yg askar ngan polis2 tu slow sangat nak fikir. tapi yg diorang dok check time petang2..maybe nak tunjuk org yg dia wat keje la kot. time sembahyang jumaat mana ada org nak pandang kan. maybe la…aku agak aje. maknanya…kemasukan org indon secara haram ni ada dalang org kita. aku rasa semua tau tu tapi kawalan kemasukan mereka ke negara kita melalui org kita tu….melalui siapa???…
Lagi….pasal gov sewa jet…perghh..panas je aku dgr…..jawapan sungguh bagus…..untuk memudahkan mereka. Tapi time tu kuar la pulak citer supply free text book utk semua pelajar sekolah. Aku tak ingat nama menteri tu…dan tak ingat berapa jumlah peruntukan yg diperlukan….tapi dgn selamba bangang nya menteri tu jawab…”kita memerlukan peruntuk sebanyak RMXX million (serius…aku tak ingat berapa actual costnya) untuk memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar sekolah dan ini agak susah untk dilaksanakan kerana memerlukan peruntukan yg banyak”. Dalam hati aku time tu…kepala hangguk ko….yg kerajaan ko g sewa jet sampai beratus juta tu boleh pulak. Dan seingat aku la…peruntukan buku teks tu lagi rendah dr sewa jet untuk punggung busuk diorang tu. Aku terus tukar siaran lain. Apa la bengkak sangat menteri tu..kalau ye pun nak jawab..jgn la jawab menjerat diri sendiri. Buat comparison dulu…kan dah kena leher sendiri. Jawab la lain supaya org tak marah. Ini la akibatnya kalau banyak sangat tipu….apa yg ditipu pun tak tau..nak tipu boleh..tipu betul2…ini tak..jawab tak fikir. Apa daaaa………
Ish banyak pulak aku tau ek…
Lagi…UMNO sekrg ni lain sangat…mak aku cerita…dulu time diorang jadi ahli UMNO, tiap2 petang g cari ahli baru. Tiap2 petang tau…tapi sekrg ni…diorang datang rumah aku…time nak PRU hari tu…5 tahun sekali..hellloooo..mak aku korang leh makan la….aku ..sorryyyy…….puas aku explain kat mak aku….tak yah join dah…tapi mak aku nak jgak…yelah..diorang membesar dgn UMNO ni…so dah sebati…susah nak tukar..ikut suka la…apa pun Undi adalah rahsia.
Lagi..masa rumah aku kena banjir…aku kat KL…(thanks to all my lovely friends coz bagi sumbangan..aku belikan meja makan untuk mak aku)…aku tunggu punya tunggu cerita Kota tinggi ni,tak kuar2 jugak….at last..aku tepon la TV3 tanya mana cerita kg aku. Dia kata takde kenderaan nak pergi sebb laluan terputus…dengan selamba geramnya aku sound…helicopter you tu..nak buat apa…esoknya kuar la cerita kg aku. Okay..ini takde kena mengena dgn gov. TV3 aje. Family member aku yg terpergkap kat tempat sementara tu mengadu la kat member aku ni…diorang makan roti dr semalm….bersyukur jugak la sebb dapat makan kan…cuma pengagihan makanan tu yg tak betul. Jawatankuasa ni agihkan dulu makanan utk diorang bawak balik rumah diorang dulu..baru la mangsa2 ni dapat. Benda tu memang jadi….dan jgn ada yg kata tak jadi…aku tauuuu. Bila aku balik kawasan rumah aku after one week…jiran2 semua mengadu..takde sorang pun org gov datang. NGO yg pertama jengah bagi keperluan..Cina tau tak..ish..tak malu ke..padahal kawasan aku tu…ramai melayu. Mana la org melayu bersatu ni. Bila melayu bersatu ni dah datang…diorang bagi nasi beriyani satu plastik (mak aku panggil plastik bising)…aku nak ketawa pun ada.. nak maki pun ada…tapi syukur pun ada malah lebih la…diorang bg gak makanan. ye la nakkitorang hidup kalau tak takde sapa nak bayar tax. Tapi korang bayangkan la….rumah kitorang tu total lost…tilam pun dah macam span basuh pinggan. perabot dah macam biskut cecah air kopi. barang letrik dah macam katod anod dok dalam air suling. makanan memang melambak2…ye la yg penting makan kan..cuma…kadang2..fikir la sikit…banyak2 pun lama expired jugak. Roti gardenia penuh sebakul. Aku nak buat puding roti pun takd dapur. Last2 bagi burung2 makan. Aku sampai2 kat rumah aje..terus ada Cina ketuk..dr persatuan kebajikan..NGO jugak…bagi kupon untuk sumbangan RM 200. Apek ni dah tua gak la..jalan dgn sorang awek melayu..tolong translate sebb apek tu pandai cakap omputih aje. Tua2 pun jalan dr rumah ke rumah. taman aku tu besar jugak la…kira leh penat la kalau jalan kaki. Tak macam aku pergi pusat sementara sebelum tu untuk cari jiran aku mintak kunci rumah. Aku yg sedang pening tanya pekerja kat situ, tetiba datang pulak menteri kepala licin. semua serbu kat dia…dah aku tinggal sorang2 kat situ. last aku angkat kaki. menteri kepala licin ni..time daerah aku dah kering…baru la datang..masa basah…langsung tak nampak muka. Bukan nak cakap apa la….apa pembangunan dia buat utk daerah aku tu…huh….takde pape pun. Masa tu PM kita ada kat luar negara. wahhhh….penting sungguh luar negara dr negara sendiri ye…dia kata..dia dah pass kat timbalan untuk masalah banjir ni. geramnya akuuuuuuu………….rasa nak selam2 kan aje muka dia dalam air banjir tu..biar dia tau apa rasa dok dalam air banjir.
Aku sambung part 3….
FANOR
Add comment June 12, 2008
cerita Malaysia – part 1
dah lama website ni tak diupdate ek…meh la aku post something kat sini……
tentang politik malaysia…
dulu masa aku sekolah menengah (maybe form 2 kot) aku pernah bercita cita nak jadi PM…perdana menteri Malaysia….itu pun bila aku tgok rafidah aziz berhujah tentang world trade kat MHI…sungguh cekap, bijak, bernas, dia tahu apa dia cakap….tak mcm sorang lagi menteri pompuan time tu…(tak mo sebut takut nanti kena saman atau masuk ISA pulak)..tapi…takpe la aku sebut…sharizat….hehehehe..bukan sharizat ni tak terror cuma isu2 kurg bernas dr dia buat aku tak suka sangat..tapi dia menteri kan..aku ni cuma budak sekolah..apa la sangat…..dia pedulik apa pung… Start dr rafidah la aku mengikuti perkembangan politik negara….(walaupun subj sejarah aku tak pernah lulus..tapi big exam lulus pulak..pelik aku).. Masa zaman Che Det aku suka…bukannya apa…rakyat ni terjaga la juga..walaupun ada yg kena sapu dek gov time tu…tapi rakyat takdela merana sangat. Semua kenyataan yg membidas perilaku atau keputusan Che Det time tu dapat di tangani dgn sedap hati..kiranya sedap la telinga mendengar alasan dr Che Det and the gang….walaupunnnn…..
Tapi sekarang ni..lain pulak….macam2 cerita aku baca yg buat tak sedap hati langsung….tambah cam nak bernanah telinga….kalau cerita kat newsaper maybe leh cakap la ada fakta ada yg auta…tapi kalau dah jadi depan mata…..tu bukan la auta…. Masa aku kerja kat hujung benua dulu…rumah ADUN ni bukan main cantik, bukan main besar…tapi takde pulak aku tgok dia duduk situ..yg ada cuma pak guard yg dok relax (banyak lagi kerja pak guard UTM tu)…lampu di on kan keliling pagar batu yg tinggi tu….tak termasuk lampu dalam rumah…siapa yg bayar tu kalau bukan duit kita yg bayar tax ni…duit rakyat…tak pernah aku tgok kereta ADUN tu parking bawah garaj tu pun…maknanya dia takde la tu…datang time nak PRU aje.
Lagi…aku selalu la g urut kat satu kg kat hujung benua tu..makcik ni tukg urut kerabat2..one day…rumah makcik ni terbakar…tinggal la dia kat rumah pondok hasil tenaga org kampung…kesian sangat…rumah pakai plywood …bilik air pun korek lubang camtu aje…time urut2 tu..aku tanya la..makcik ni ada tak mintak bantuan ADUN sebb rumah dah terbakar..tinggal sehelai sepinggang…baju2 yg ada tu pun jiran2 bagi…nasib la makcik ni jenis pakai kain batik…kalau dia jenis dressing pakai jeans tak ke susah org nak sedekah…makcik tu bgtau aku…dia dah bgtau kat pejabat ADUN..tapi dah dekat masuk 2 bulan kot..ke sebulan….takde sapa pun datang…..pelik aku bukannya susah sangat…kawasan kampung…diorang ni ada groupkan…bagi duit beli barang….nanti diorang gotong royong la…..tapi takde response….so..jawabnya…aku berurut la dgn pintu plywood sendal batu….risau gak aku kalau2 pintu tu tanggal…pada aku…memang la banyak aduan utk ADUN.mintak bantuan tu..mintak bantuan ni..tapi kes rumah terbakar ni bukan boleh tangguh2…org takde rumah…tak kesian ke…pelik haku….
Time urut2 tu..makcik ni cerita lagi…ada la org2 Indon kena kejar ngan askar ngan RELA kat kg tu minggu lepasnya…maklumle keje hujung benua..dekat pulak ngan negara indon…so..indonesian ni..guna la kata2 “lautan pun sanggup ku renangi”…ramai pendatang haram kat situ…makcik tu kata..dia tolong indon2 ni…sebb indon2 ni takde makanan…takde baju…makcik ni tumpangkan indon2 ni yg ada anak2 kecik kat rumah dia…bagi makan bagi minum….bila aku tanya kenapa..makcik tu kata…barang2 keperluan kat rumah indon2 ni dah habis kena sapu dgn RELA..(indon2 ni dah berumah kat situ…so banyak la barang)..RELA ni panggil gang2 diorang and bagi2 semua harta2 indon yg kerja gaji tak seberapa tu. Yg ada anak kecik tak ke kesian. Yg di amik tu pun bukannya apa pun. Blender, rice cooker, iron, baju, makanan and lain2 la. Aku beristighfar bila dgr. Memang la diorang ni salah….tapi diorang ni kan manusia. Penat kerja..indon tu cakap ngan makcik tu..saya tau saya salah..tapi pulangkan balik barang2 saya utk bawak kg….heheheh..aku tak tau la..boleh ke tak bawak balik barang2 tu ke kg diorang…tapi citer RELA ni …makcik tu cerita..bukan aku buat cerita….aku ceritakan balik semula aje
aku rasa cam dah panjang aje…aku tulis utk part 2 la ek
FANOR
Add comment June 12, 2008
kenduri binjai
hehe.. salam
lama dah aku tak update.. bz la lately.. ni baru nak rasa lega sket..
anyway, just to share with you guys.. 25/05/2008 haritu aku turun melaka gi kenduri binjai.. jadi enjoy la gambarnye..
yg gi kenduri binjai – aku n family, czah + “kawan”, nida + kawan master.. pastu ade ezzad jadi pengapit.. pengantin cantik banget.. dan binjai cerah siot.. hahahhaha
** by puan mastur
Add comment June 2, 2008
hello everyone..
ehehehhe..
bru tau cemane nk posting..
so ni kire testingla nih..
nenantila aku wat entry khas utk korg sume ek..
meanwhile view this budak-kecik-perasan-model shoot nih..

8 comments May 23, 2008




