Posts filed under 'Uncategorized'

PENGALAMAN DENGAN HOSPITAL KERAJAAN

Okay…lama tak update blog ni la…mana semua kengkawan…..

 

Takziah untuk aweng sebb ayah kau accident..semoga cepat sembuh.

I’ve read your blog « Bikin Panas »..aku nak komen sikit kat sini pengalaman aku deal dgn hospital kerajaan ni.

 

I still remember when i was 18 (9 years ago)….untuk kemasukan universiti memang la kena g buat medical check up. Jalan paling mudah…g gov hospital because free…lagipun ayah aku pencen kerajaan. Senang (kononnya). Aku dah tercongok kat hospital tu dr kul 8 pg. Dengan no 18 yg aku ada tu….aku tunggu la..tapi korang bayangkan sampai kul 12 tgh pun aku tak masuk2 lagi jumpa Dr. Sampai ayah aku paksa aje terus masuk pintu dia….seingat aku dah 12.15..aku terus aje masuk lepas ada sorang kuar dr bilik Dr tu. Dr tu kata dia nak lunch…(Indian lady)..aku jawab..saya dah tunggu dr pukul 8 pagi…pastu dia tengking aku and membebel…..”awak ingat saya ni apa saya nak makan , awak tunggu kat luar lama2 buat apa ,saya nak makan..datang lepas ni tak boleh ke”….aku jawab la balik….tapi baik2 aje aku jawab “saya dah tunggu dr pukul 8 pagi..no saya tak dipanggil macamana saya nak masuk”…dia terus rampas kertas aku tu…check sikit2….pastu dia tgok muka aku dah merah nak nangis..baru la dia cool down sikit. Cakap baik2…tak sampai 10 minit pun check nya. Pastu kena g x-ray….haa…aku terus la melalak kat situ..(masa tu still gembeng lagi..hehehe)…tapi kuat gak nak Tanya kat abang x-ray tu…”Apa nama Dr tu?”…”kenapa” abang tu tanya….”saya cuma nak tau apa nama Dr tu…” abang tu tanya lagi..”nape dik” …”Dr tu tengking saya tadi”…..abang tu terus mohon maaf  bagi pihak hospital kat aku …..well…orang yg belajar pandai2 ni pun..sengalll……

 

When I was 20….ayah aku admitted kat ICU…sebb jantung….kat hospital Sultanah Aminah (HSA)…Thank you for all nurses and doctor……really good and nice attitude….sedap mata pandang dan hati terima dan telinga mendengar. As a reward…ayah aku suh bagi nasi lemak beras basmathi + ayam goreng yg dibungkus dgn daun pisang untuk setiap seorang….gemuk nasi lemak tu..kalau kat kedai mau 4 inggit….”ala susah2 aje pakcik bagi nasi lemak..” ceh ceh ceh..misi2 ni..malu2 lak…hehehhe

 

 

When I was 21 yrs old, aku sekali lagi deal ngan hosp tmpat aku ni sebb ayah aku retak buku lali. So kena simen. And g la utk further check up. 1st…bila jumpa Dr. Lelaki and graduate UM. (sebb ada cop kan). Boleh dia cakap kat ayah aku….kasar2…ayah aku tanya la kan nak simen yg ringan sikit (fiber)..dia boleh jawab…”ala buat apa nak simen…pakcik ni bukan sakit sangat pun….tak yah nak simen2”..well cakap la baik2…dia ingat apa…tak hormat langsung aku yg ada dalam  bilik tu…at least respect anak dia kan….dan respect as a org tua…susah sangat ke.

Tu belum lagi cara dia cakap macm bagus ..aku rasa nak bagi starlite aje kat dahi dia…

So..bila dah habis tu tunggu la kat luar…tp tetiba no ayah aku kena panggil sebb kena bayar RM1 utk charge. Aku malas nak cakap pape..bayar aje la sebb singgit…walaupun actually ayah aku tak yah bayar sebb gov servant. So bila ayah aku tau kena bayar..ayah aku naik suara sikit la…kata apasal kena bayar pulak …”I served gov for 30 years…and you want to charge me?”…tu la bapak aku….cakap omputih kalau marah….hehehhe..

Pastu terus la makcik kat kauter tu panggil aku pulang kan duit singgit..tapi yg aku tak tahan tu…siap warning aku tu..”LAINKALI SEBUT AYAH AWAK TU GOV SERVANT DULU….SENANG…NAH AMIK SINGGIT AWAK NI BALIK”..cakap kat mic lak tu…heheh…boleh gitu? Hello…makcik…kau kan ada rekod kat tangan ko tu….takkan la ko tak tau…sebb  ada kepilkan sekali copy kad pencen bapak aku okay…..ko buta ke hapa? Salah aku ke?

 

Okay habis ayah aku…mak aku lak….

 

Masa umur aku 23 tahun…..aku bawak mak aku g spital Kota tinggi….mak aku berpeluh tak hingat banyaknya…so aku bawak mak aku g check. Sampai satu Dr pompuan ni…..from UM jugak….dia cakap kat mak aku dengan mata jeling2…aku ingat kan mak aku aje yg dia jeling…ngan aku2 sekali dia jeling….bila aku tanya bagi pihak mak aku…dia jawab tak pandang langsung muka aku dgn mulut macam tapir…..muncung sedepa…bila dia kata mak aku berpeluh sebb kan metabolisme..aku tanya la..”apa kena mengena metabolisme?” ye la..aku tak tau…aku tanya la…pastu dgn menjeling dia jawab … ”metabolisme la” …okay….menyampah la tu…..malas nak tanya lagi..aku tak tau aku tanya…bila aku tanya ko jawab macam mangkuk….kalau aku Dr takkan aku tanya mangkuk!!!!! Fine!!!!!…malas nak layan.

 

 

2nd time ayah aku kena masuk ward sekali lagi and also for the last time…..sob sob sob..miss u dad….

 

Dr Jb sampai ke KL ayah aku kena transfer…..kat JB semua okay……well done!!!..tapi bila sampai kat General Hospital KL ni pulak….doctor2 baik giler…sebb maybe yg handle ayah aku Dr2 pakar yg sangat baik hati….tapi yg tak best nya pulak…misi2…bukan misi2 muda ni…misi yg konon terror ni….memang diorang lagi terror punnn….hehhehe

 

Mak aku pernah g kat satu misi A ni…tanya size pampers utk belikan ayah aku sebb diorang ada bg satu hari tu….so mak aku tanya la…misi tu leh jawab apa tau “ KAT SPITAL NI TAKDE JUAL PAMPERS MAKCIK..KALAU NAK KENA BLI SENDIRI”…dgn tonasi yg agak keras…..mak aku jawab la..”MAKCIK BUKAN NAK PAMPERS…MAKCIK NAK TANYA SIZE PAMPERS UNTUK SUAMI SAYA YG HARI TU AWAK ADA BG..ANAK MAKCIK NAK PERGI BELI KAT LUAR”…ha tu la….misi..ko ingat kitorang ni mintak sedekah ke?…actually…bapak aku leh dapat free pun….tapi kitorang tak pedulik pun….even bil tu pun kitorang leh claim balik ko tau tak…kan dah malu sendiri…lenkali berbudi bahasa.

 

Ada one day tu….Dr and misi B dah explain kat kakak aku…tapi kakak aku dah balik….so aku datang..aku nak tau apa citer nya….mak aku suh tanya misi tu…aku tanya la ngan sopan santunnya…dia jawab “saya dah explain kat kakak awak..” kakak saya takde la kak”…”ai..takkan dengan semua anak nak kena explain…tanya kakak awak tu”….mak aiii…..kurang ajar betul misi ni…aku rasa nak sepak aje muka dia…nasib baik aku kenangkan ayah aku yg akan dok kat wad tu ..kalau tak mau aku buat report….kang aku report kang dia layan ayah aku macam tanzamania pulak kan…..aku diam aje…mak aku siap kata..sabar je la….pastu dia leh membebel2…”susah macam ni…patient sendiri refuse nak buat operation….kita nak dia baik…tapi dia tak nak..pastu komen tu komen ni…” (ayah aku refused untuk buat bypass dia kata..biar dia mati mcm ni..ayah dah tua)…woi makcik…bukan hak ko utk cakap mcm tu…itu hak manusia utk memilih..kau tau tak..kalau ko dah tua…ko sakit mcm tu…baru ko tau….lagipun Dr terus terang cakap…ayah aku punya harapan utk bypass 70-30/30-70….ayah aku tak nak..so what???

Bila aku nampak Dr tu…aku terus g kat area2 dia…even dia tgh explain dgn houseman yg lain…dia trus g kat aku and explain..walaupun aku berdiri kat dinding aje tgok dia….he was really nice to all our family members. I believed…my brotherssss dah call Dr ni personally ..but he still pick up the phone and explain. See….professional ngan tak professional….very much different.

 

Well..itu lah last aku deal ngan spital kerajaan…aku tak kata semua teruk ..ada yg baik…tu baik…sekrg ni banyak budak2 muda….well aku harap korang ni ubah la perception org lain terhadap hospital kerajaan….ada yg berubah bukan langsung tak berubah…..Cuma kadang2…perception org awam tentang attitude pekerja hospital2 kerajaan sangat buruk…kalau ada 10 yg baik…dan satu yg jahat…we will talk about yg jahat…so buruk nama korang..but really…as a doctor…kena jaga attitude…sebb gelaran “DOKTOR” tu sangat besar…..untuk misi2 tu..kalau korang marah2 ni..aku anggap korang penat aje la ye….tak pun..korang period…settleeee

 

 

Posted by fanor…..

4 comments August 13, 2008

HORMATI KEDUA IBU BAPA DAN WARGA TUA .

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia mahupun di akhirat.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah An Nisaa’ ayat 36, tafsirnya:

 

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan suatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga diri.”

Berbuat baik terhadap kedua orang tua hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Jika kita tidak berbuat baik terhadap keduanya maka kita melakukan dosa besar kerana melanggar perintah Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15, tafsirnya:

 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

Sesungguhnya terdapat banyak cara kita berbuat baik terhadap orang tua, contohnya kita wajib berlaku sopan dan hormat terhadap mereka, kita tidak dibolehkan bercakap kasar terhadap mereka, kita hendaklah memanggil mereka dengan suara yang lemah lembut dan panggilan yang menyenangkan, apabila mereka memanggil hendaklah kita mendatanginya serta menjawab pertanyaannya, apabila mereka meminta makanan atau pakaian, kita wajib menunaikannya, apabila mereka menyuruh berbuat sesuatu kita hendaklah melaksanakannya kecuali perkara yang dilarang oleh agama dan jangan sekali-kali lupa mendoakan mereka supaya Allah Subhanahu Wata’ala mengampunkan dosa-dosa mereka. Sebenarnya begitu tinggi keutamaan berbuat baik kepada kedua orang tua menurut ajaran agama Islam, sebagaimana Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanyakan berkenaan hak kedua orang tua terhadap anaknya. Baginda menjawab: “Humma Jannatuka Wannaruka’’ (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah) maksudnya: Kedua mereka adalah yang menyebabkan engkau masuk Syurga iaitu jika engkau mentaati mereka atau menyebabkan engkau masuk Neraka iaitu jika engkau derhaka kepada mereka.”

Sebagai anak adalah wajib ke atas mereka menjaga ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah tua dan uzur yang tidak berupaya mengurus diri mereka sendiri. Dalam menghadapi situasi sedemikian sebagai seorang anak hendaklah bersabar melayani kerenah mereka, jangan mudah hilang sabar, melenting dan marah, kerana perbuatan demikian akan mengguris dan menyakiti hati mereka. Jika hati mereka terguris, itu bererti anak telah derhaka kepada mereka.

Salah satu tanda seorang anak tergolong sebagai orang yang derhaka kepada ibu bapanya ialah anak yang mengakibatkan kedua ibu bapa mereka menangis disebabkan perbuatan anak yang melukakan hati mereka. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radiallahuanhuma, beliau berkata, maksudnya:

“Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Tuntutan berbuat baik, bukan terhad kepada ibu bapa sahaja bahkan termasuk juga warga tua, baik yang ada hubungan kekeluargaan ataupun tidak. Sesungguhnya warga tua juga mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang dan penghormatan. Maka dalam hal ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan umatnya untuk menghormati orang tua dan menganjurkan untuk menjaga hak mereka.

Inilah sepatutnya yang kita lakukan terhadap ibu bapa dan orang-orang tua, iaitu dengan memberikan kasih sayang dan perhatian, memeduli keperluan dan kebajikan mereka serta menggembirakan hati mereka. Jangan sampai terjadi pengabaian ibu bapa dengan membiarkan mereka tinggal bersendirian dalam keadaan uzur dan memerlukan pemedulian dengan alasan-alasan sibuk, tidak ada masa, tidak ada sesiapa yang boleh diharapkan untuk mengurus dan sebagainya. Perlu diingat bahawa pengabaian itu adalah perbuatan derhaka yang boleh menyebabkan seorang itu masuk neraka.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat menyatakan bahawa di antara punca berlakunya pengabaian terhadap warga tua yang sudah tidak berupaya di negara ini ialah kerana malu untuk menjaga mereka yang menghadapi masalah fizikal dan mental dan terdapat juga yang tidak mahu menjaga mereka kerana membalas dendam terhadap kelakuan, peristiwa atau kisah lampau warga tua tersebut. Ada juga terdapat keluarga terdekat atau adik-beradik yang tidak mahu menjaga ibu bapa apatah lagi untuk menjaga saudara mereka yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, ada juga yang tidak mahu dengan alasan ada tanggungan sendiri dan sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk membiayai mereka. Ada pula anak-anak yang beririh-irihan untuk menjaga mereka, keadaan ini menyebabkan mereka jauh hati dan merelakan diri mereka tinggal keseorangan.

Apa yang lebih menyedihkan terdapat anak-anak yang mengambil kesempatan, meminta wang atau mengambil wang ibu bapa mereka sedangkan wang itulah sahaja yang mereka harapkan untuk belanja seharian dan kebanyakan ibu bapa berdiam diri demi mengelakkan pertengkaran dan mengelakkan diri tidak dipedulikan. Ada juga ibu bapa yang disuruh menjaga cucu padahal mereka sendiri tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri. Mereka sendiri sebenarnya memerlukan penjagaan dan perhatian, namun disebabkan terlalu kasihkan anak, beban ditanggung juga tetapi dengan memendam rasa.

Menurut statistik dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, sejak tahun 2000 hingga sekarang, jumlah warga emas yang dilaporkan tinggal sendirian ialah seramai sembilan orang, manakala yang menghadapi masalah penjagaan ialah seramai 21 orang. Walaupun jumlah tersebut masih kecil, pengabaian ibu bapa dan warga tua sepatutnya tidak berlaku. Perbuatan anak-anak seumpama ini sangat memalukan dan dikesali.

Kita jangan lupa bahawa kita tidak selama-lamanya muda. Tetapi akan melalui zaman tua. Maka pada ketika itulah kita akan merasakan apa yang orang tua pada masa ini rasakan. Inilah hasil dari tingkah laku yang kita lakukan kepada mereka. Jika kita tidak menghormati mereka, maka kita juga tidak akan dihormati, begitulah seterusnya.

Saudara-saudara sekalian, bayangkanlah kalau ibu bapa sanggup menjaga anak-anaknya yang ramai, kenapa pula kita tidak sanggup menjaga mereka, lebih-lebih lagi mereka yang sudah tua dan tidak berupaya menyara hidupnya sendiri.

Sebenarnya apa-apa pun yang kita lakukan atau korbankan belumlah cukup untuk membalas jasa ibu dan bapa. Masa mereka masih hidup inilah kesempatan untuk kita berbakti kepada mereka dengan sebaik-baiknya seperti memberi perhatian, pemedulian dan kasih sayang, menghulurkan wang ringgit dan begitu juga kita hendaklah selalu menziarahi ibu bapa yang tinggal berasingan dengan kita. Dan jika mereka sudah tiada, ziarahilah tanah perkuburan mereka dengan mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk mereka. Dan buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan diniatkan pahalanya untuk arwah ibu dan bapa.

Akhirnya, sama-samalah kita menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin. Janganlah kita mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka akan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 23 – 24, tafsirnya:

 

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik semasa kecil.”

 

posted by Mrs Fanor

Add comment July 1, 2008

10 cara membahagiakan ibu bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

 Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

 Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

 2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. 

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

 Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

 

 

 

 

posted by mrs fanor 

 

Add comment July 1, 2008

cerita Malaysia – part 3

part 3

habis kisah aku di malaysia…aku sambung kisah aku kat luar…

one day aku try la g kat thai massage centre kat qatar ni…utk massage la apa lgi kan. So tukang massage aku ni org thai ofcourse, bila aku bgtau dia aku org malaysia..dia suka la..sebb jirankan. Cerita punya cerita…dia cerita la yg dia pernah pergi Malaysia. Masuk untuk bekerja secara halal. Dibawa masuk oleh org Thai sampai sempadan dan berpindah kuasa ke org malaysia selepas sempadan. Org Malaysia tu Melayu ke..cina ke..india ke…aku tak pasti. Dia kata..dia bayar RM 900 utk masuk Malaysia…sampai2 aje di Malaysia memang la jadi tukang urut tapi tukang urut yg extra2 jugak. Dia kata..dia menangis..and sampai satu masa…dia and the gang ambik passport diorang and terus lari balik Thai. sampai sekrg dia tak mahu lagi datang malaysia. 2 minggu dia kat Malaysia. Dia kata yg ramai berurut tu..orang melayu…dan polis2…aku ulangi…polis2. Oooooooo…bang polis…korang tahu ada rumah urut rupanya…tapi korang pun sama gak berurut patutla tak sudah2 kes rumah urut…korang yg lebih2 rupanya. Mana la pergi kawalan polis…susah macam ni….harapkan dia…dia pulak yg over. Hampeh!!!!

Lagi…laki aku punya boss org malaysia jugak..dia cerita yg dia frust sangat2 dgn malaysia. antara cerita yg menarik perhatian aku bila dia cerita yg pekerja2 indon dia ada yg mati sebb bot karam. so dia dgn org2 kampung ni buat la aktiviti mencari mayat. nak tunggu gang2 wakil rakyat memang takde la…tapi bila dia ngan org kampung dah jumpa mayat tu…eh eh…tetiba ada pulak wakil rakyat ni. korang tau dia nak apa….org2 wakil rakyat ni nak amik gambar dgn mayat utk kuarkan dalam paper mengatakan wakil rakyat and the gang ni buat aktiviti menyelamat. hahaha….sampai dah mati pun diorang ni nak gunakan kita. muka tembok la tu. itu lum lagi boss laki aku buat sumbangan kat keluarga mangsa…wakil rakyat and the gang ni sibuk2 nak bagikan and ambik gambar…konon2 dia bagi la tuuu……..pigi dahhh. Itu lum lagi pekerja kat rumah kongsi….polis datang tiap2 minggu mintak sorang 5 ringgit . Korang fikir la…sorang RM5..katakan ada 20 orang..untuk 4 minggu. RM 400 sorang polis/ sebulan. Lepas bayar ansurans kereta sebulan tau. Makan la duit tu polis2 oii… benda haram. Anak isteri makan..dia makan…..dunia ko lepas la…akhirat ko jawabbbb.

Penat dah aku type ..hehhee..tapi aku cerita benar…..itu yg jadi….yelah..ada baik ada buruk….tak semua buruk..cuma org kata…kerana nila setitik..rosak susu sebelanga….dan sapi punya susu “LEMBU” dapat nama atau pun LEMBU punya susu sapi dapat nama..antara dua la tu….apa pun….bersyukur la sebb kita rakyat MALAYSIA. Aku yg bukan anak org senang ni merasa la pinjaman buku teks masa sekolah dulu. dapat gak la pinjaman utk belajar..shhhhh…banyak tunggakan lagi tu. Dapat gakla membesar dgn ada budi bahasa, ada makanan, ada air, ada letrik, masih bersyukur sebb lahir sebagai anak malaysia. Dalam kekalutan sekrg ni harap2 semuanya terjaga. Malaysia tu semua nya ada cuma kena kawal betul2…kalau kena dgn pentadbirannya…kena dengan pentadbirnya…tentu rakyat MALAYSIA boleh kaya dan hidup senang. Misi aku kalau dapat kerja gov..cuma satu aje…..HAPUSKAN RASUAH dan bebaskan rakyat untuk bersuara. Pada parti2 di Malaysia tu amik2 la kata2 rakyat sebagai panduan even dalam blog (ye la nak g cakap kat public kena tangkap pulak kan). Yang elok jadi panduan, yg tak elok jadi teladan. Dan utk Pak Lah….lu fikirlaaa sendiri…..utk Che Det….tak yah fikir2 dah dan selamat maju jaya….utk semua dan aku sendiri…..semoga terus jadi bijak dan kaya…hehehe

Dah la..aku dah penat…..time utk lunch….

p/s..actually…aku malas nak buat kerja…sembang ngan korang lagi best….ahakss….

FANOR ANAK MALAYSIA

 

9 comments June 12, 2008

cerita Malaysia – part 2

part 2…..

Semua dah tau aku keje kat hujung benua and dekat ngan indonesia. Kadang2 time kitorang dok gelak2..terdengar pulak bunyi tembakan. Askar berlari kejar pendatang haram ni naik moto tinggi tu..apa ntah nama dia..scrambler…tul ke aku eja. One Friday afternoon….org tgh sembahyang Jumaat…aku lalu la depan sungai kecik nak balik opis sorang2. aku nampak la ada sorang pakcik ni berdiri kat pokok besar sambil silang tangan mengadap ke anak sungai tu. ku fikirkan apa la yg dipandang lama2…bila aku tgok rupanya..mat2 indon ni berlari2 masuk dalam van. ada yg sampai terjatuh2 dalam sungai tu…bangun balik utk cepat2 masuk dalam van. kesian kat indon2 tu pun ada..geram kat pakcik tu pun ada. Aku kenal sangat kereta pakcik tu. Memang selalu nampak..nissan lama kaler kelabu…tapi pakcik tu memang aku tak pernah nampak. Kalau fikirkan balik…takkan la askar2 ni takleh nak fikir..time free cam sembahyang jumaat ni org akan buat “kerja”. bukan nya kawasan tu tak pernah org menyelinap…dah memang kawsan favourite…apa yg askar ngan polis2 tu slow sangat nak fikir. tapi yg diorang dok check time petang2..maybe nak tunjuk org yg dia wat keje la kot. time sembahyang jumaat mana ada org nak pandang kan. maybe la…aku agak aje. maknanya…kemasukan org indon secara haram ni ada dalang org kita. aku rasa semua tau tu tapi kawalan kemasukan mereka ke negara kita melalui org kita tu….melalui siapa???…

Lagi….pasal gov sewa jet…perghh..panas je aku dgr…..jawapan sungguh bagus…..untuk memudahkan mereka. Tapi time tu kuar la pulak citer supply free text book utk semua pelajar sekolah. Aku tak ingat nama menteri tu…dan tak ingat berapa jumlah peruntukan yg diperlukan….tapi dgn selamba bangang nya menteri tu jawab…”kita memerlukan peruntuk sebanyak RMXX million (serius…aku tak ingat berapa actual costnya) untuk memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar sekolah dan ini agak susah untk dilaksanakan kerana memerlukan peruntukan yg banyak”. Dalam hati aku time tu…kepala hangguk ko….yg kerajaan ko g sewa jet sampai beratus juta tu boleh pulak. Dan seingat aku la…peruntukan buku teks tu lagi rendah dr sewa jet untuk punggung busuk diorang tu. Aku terus tukar siaran lain. Apa la bengkak sangat menteri tu..kalau ye pun nak jawab..jgn la jawab menjerat diri sendiri. Buat comparison dulu…kan dah kena leher sendiri. Jawab la lain supaya org tak marah. Ini la akibatnya kalau banyak sangat tipu….apa yg ditipu pun tak tau..nak tipu boleh..tipu betul2…ini tak..jawab tak fikir. Apa daaaa………

Ish banyak pulak aku tau ek…

Lagi…UMNO sekrg ni lain sangat…mak aku cerita…dulu time diorang jadi ahli UMNO, tiap2 petang g cari ahli baru. Tiap2 petang tau…tapi sekrg ni…diorang datang rumah aku…time nak PRU hari tu…5 tahun sekali..hellloooo..mak aku korang leh makan la….aku ..sorryyyy…….puas aku explain kat mak aku….tak yah join dah…tapi mak aku nak jgak…yelah..diorang membesar dgn UMNO ni…so dah sebati…susah nak tukar..ikut suka la…apa pun Undi adalah rahsia.

Lagi..masa rumah aku kena banjir…aku kat KL…(thanks to all my lovely friends coz bagi sumbangan..aku belikan meja makan untuk mak aku)…aku tunggu punya tunggu cerita Kota tinggi ni,tak kuar2 jugak….at last..aku tepon la TV3 tanya mana cerita kg aku. Dia kata takde kenderaan nak pergi sebb laluan terputus…dengan selamba geramnya aku sound…helicopter you tu..nak buat apa…esoknya kuar la cerita kg aku. Okay..ini takde kena mengena dgn gov. TV3 aje. Family member aku yg terpergkap kat tempat sementara tu mengadu la kat member aku ni…diorang makan roti dr semalm….bersyukur jugak la sebb dapat makan kan…cuma pengagihan makanan tu yg tak betul. Jawatankuasa ni agihkan dulu makanan utk diorang bawak balik rumah diorang dulu..baru la mangsa2 ni dapat. Benda tu memang jadi….dan jgn ada yg kata tak jadi…aku tauuuu. Bila aku balik kawasan rumah aku after one week…jiran2 semua mengadu..takde sorang pun org gov datang. NGO yg pertama jengah bagi keperluan..Cina tau tak..ish..tak malu ke..padahal kawasan aku tu…ramai melayu. Mana la org melayu bersatu ni. Bila melayu bersatu ni dah datang…diorang bagi nasi beriyani satu plastik (mak aku panggil plastik bising)…aku nak ketawa pun ada.. nak maki pun ada…tapi syukur pun ada malah lebih la…diorang bg gak makanan. ye la nakkitorang hidup kalau tak takde sapa nak bayar tax. Tapi korang bayangkan la….rumah kitorang tu total lost…tilam pun dah macam span basuh pinggan. perabot dah macam biskut cecah air kopi. barang letrik dah macam katod anod dok dalam air suling. makanan memang melambak2…ye la yg penting makan kan..cuma…kadang2..fikir la sikit…banyak2 pun lama expired jugak. Roti gardenia penuh sebakul. Aku nak buat puding roti pun takd dapur. Last2 bagi burung2 makan. Aku sampai2 kat rumah aje..terus ada Cina ketuk..dr persatuan kebajikan..NGO jugak…bagi kupon untuk sumbangan RM 200. Apek ni dah tua gak la..jalan dgn sorang awek melayu..tolong translate sebb apek tu pandai cakap omputih aje. Tua2 pun jalan dr rumah ke rumah. taman aku tu besar jugak la…kira leh penat la kalau jalan kaki. Tak macam aku pergi pusat sementara sebelum tu untuk cari jiran aku mintak kunci rumah. Aku yg sedang pening tanya pekerja kat situ, tetiba datang pulak menteri kepala licin. semua serbu kat dia…dah aku tinggal sorang2 kat situ. last aku angkat kaki. menteri kepala licin ni..time daerah aku dah kering…baru la datang..masa basah…langsung tak nampak muka. Bukan nak cakap apa la….apa pembangunan dia buat utk daerah aku tu…huh….takde pape pun. Masa tu PM kita ada kat luar negara. wahhhh….penting sungguh luar negara dr negara sendiri ye…dia kata..dia dah pass kat timbalan untuk masalah banjir ni. geramnya akuuuuuuu………….rasa nak selam2 kan aje muka dia dalam air banjir tu..biar dia tau apa rasa dok dalam air banjir.

Aku sambung part 3….

FANOR

Add comment June 12, 2008

hello everyone..

ehehehhe..

bru tau cemane nk posting..

so ni kire testingla nih..

nenantila aku wat entry khas utk korg sume ek..

meanwhile view this budak-kecik-perasan-model shoot nih..

8 comments May 23, 2008

SELAMAT HARI GURU

salam semua…selamat hari guru…walau pun kite dah lama meninggal kan alam persekolahan…aku sebenarnya dah tak ingat tarikh 16 Mei ni..tapi since illya dah sekolah, baru aku tau..kene ikut perkembanagn la sikit kan…

aku adalah ibu pertama yg mempunyanyi anak yg dah mula ke sekolah( sory kalo aku silap). gembira tak terkata..hari pertama dia sekolah, dia mmg tak nangis langsung sbb dia mmg beria2 nak ke school.b4 aku kerja, tiap2 pagi hantar daddy g keje, dia akan tunggu kat luar umah sampai school bus lalu. dia akan lambai2..bye2 friend..pastu nangis…kakak nak g school..sbb tu la aku tak sabar nak hantar dia g school…dia mmg suka berkawan..ok..skrg dah hampir 3 bln dia skolah, dah pandai tulis A, B, C, ..1,2,3,….dah pandai baca doa mkn, doa tidur, dah pandai ngaji…skit2 la..tapi lintang pukang la..aku akan pastikan dia ikut aku sembahyang. dah ada telekung, tudung pun dah ada.. lps je sembahyang magrib, dia sibuk ajak baca buku…mukadam tu..mula2 dia panggil buku…skrg dah kenal yg tu mukadam…perkara basic kene kite yg ajar…sebagai ibu, tu t’jwb kite..dunia dan akhirat kena sama rata…

masa mother’s day lps, dia bg kad. blk2 je school, “mummy, ni kakak buat sendiri tau. nice or not’…gembira. tak sangka yg anak aku dah besar….

hari ni pulak hari guru..beria2 suh beli present utk teacher..aku la yg jadi mangsa buat kan kad sendiri…print cantik2….mlm tadi bawak g jusco, soh dia pilih sendiri..yg lawak nya dia nak beli ikut selera dia, barbie doll la, getah rambut la…macam2.

tu la…bile anak dah besar ni…macam2 kene tau..perkembangan anak, hubungan dia ngan cikgu dan dgn kawan2 kat skolah…kdg2 rasa penat…takde dah masa utk diri sendiri…tapi bile fikir blk… anak baru sorng, aku dah kelam kabut, mcm mana la mak ayah aku dulu…anak 6 org, gaji skit, dok kg ….tak mengeluh pun..dan alhamdulillah semua berjaya…amin..

so utk semua…SELAMAT HARI GURU…

chema_izni_illya

 

1 comment May 16, 2008

Laksa Johor (Resepi Fanor) – by Aweng

Ni aku tlg paste kan dpd email.

Laksa johor

 

Bahan Kuah:

Ikan kembung 3-4 ekor.. kalo dapat tenggiri lagi baik aa.. tp mahal seh!

Daun Kesum + asam keping

(a) Serbuk kari 2 peket

(a) Serbuk cili 1 peket

(a) Lengkuas

(a) Bawang Putih 2 ulas

(a) Bawang Merah 3 ulas

(a) Halia seruas jari

(a) Segenggam ikan bilis

(a) Santan pekat

Asam keping (3 nos)

kerisik utk kasik kuah lagi pekat ye kengkawan

serai blender ………..

 

Cara nak buat kuah : Memula, rebus ikan kembung dengan daun kesum dan asam keping. Dah siap rebus, asingkan ikan dengan sampah2 tadi.. simpan ketepi air rebusan ikan tu tadi. Ikan tu di buang tulang dan di blend bersama air rebusan. Ketepikan sekejap. Bahan2 (a) di masukkan ke dalam blender dan dikisar kesemuanya sekali hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk (biar lebih sket takpe) dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.. kalau pecah minyak tu bagus sekali.. pastu masukkan santan pekat kedalam periuk, asam keping dan

Ikan bersama air rebusan tadi.. biarkan menggelegak dan masukkan garam secubit rasa.. errmmm.. sedapnya… keh keh keh.. last masuk kerisik….

 

Bahan hiasan:

Daun selasih dihiris halus

Timun dihiris halus (kalau boleh buat memanjang macam ring lagi baik.. Fanor, aku x abis lagi khatam buat ni.. ko mmg pakar)

Kacang panjang hiris halus

Taugeh

Bawang besar hiris (kalo korang suka la)

Limau kasturi

Spaghetti direbus

bahan hiasan tu nakmakan ngan sengkuang leh gak

lagi sikit….kalau nak makan ngan lobak hancur pun best

 

Bahan sambal:

Cili hidup dibuang biji

Cuka

Bawang putih

* Blend kesemua bahan ini dan masukkan sikit je gula buat penyedap rasa.. siap!

 

 

3 comments May 15, 2008

SELAMAT HARI IBU (cerita fanor)

SELAMAT HARI IBU untuk semua yg dah ada anak…aku tulis just nak share dgn korang…tentang hari ibu yg baru lepas ni. Semua tau..mak aku tinggal sorang…ayah dah pergi menyambut panggilan Ilahi terlbih dahulu…kami 6 beradik sedaya upaya cuba buat mak kami gembira walau dgn apa cara jua sekali pun. Aku adalah anak yg paling rapat dgn mak aku..maklumler..anak last…bila aku menetap di Qatar ni…mak aku adalah org paling terasa…yelah..dah takde org tmpat mengadu, bercerita tntg masalah….bukan tak de org lain..tapi aku adalah pendengar setia yg tak pernah komen apa2…cuma dr aku “sabar je la mak”…tapi berbeza dgn kakak dan abang yg ada antara mereka yg suka bersikap terus terang. Orang tua, sikit tertekan suara pun dah sedih. Semua gerak geri kita dia dapat baca..kita marah..kita suka..kita sedih..kita happy…semua mak dapat rasa. Itulah dia mak.

Selama aku di Qatar ni..hati aku tak pernah senang fikir kan tentang mak aku..Abang2 masing2 kerja..balik lambat…anak2 tiusyen sibuk nak UPSR..kakak pulak ada tggjawab….sehinggakan mak aku rasa terpinggir. Tapi itu ..dia yang rasa. Dulu masa aku ada….adik beradik lain jarang juga balik rumah mak aku..tapimak aku tak rasa sangat sebb aku dan ayah aku ada. Bila ayah takde…aku pulak jauh…mak akurasa sunyi teramat sangat. Allah sahaja yg tau betapa risaunya aku. Setiap kali call mak aku…dia sedih..dia nangis..katanya abang2 tak balik jengok…dia rasa terbiar…hati org tua..mudah tersentuh…walaupun actually mak aku tau yg mereka sibuk dan sebenarnya ada sorang abang aku duduk ngan mak aku kat rumah. Tapi ntah kenapa mak aku masih rasa sunyi. Pening aku tak tau nak buat apa. Aku yang masih dianggap anak kecil (masih dipeluk di cium di dukung oleh abang2 aku), jarang bersuara.

Tapi kali ni..aku tak boleh tahan..aku bgtau kak uda aku…mak aku merajuk…bawa diri ke rumah adik dia (rupanya mak aku hampir seminggu kat rumah adik dia untuk ubah angin katanya)…aku bgtau abang alang aku…yang mak bawa diri….rasa terbiar…rindukan anak2nya… Pesan aku pada dioran…KADANG2 PERBUATAN ITU LEBIH BERMAKNA DR KATA2. walau kita kata kita sayang mak, tapi memeluk mak boleh mengungkap segala2nya walau tiasa sepatah perkataan pun.

Kami cuba sehabis baik untuk buat mak kami happy. Kami ambil kesempatan hari ibu yg lalu untuk buat mak aku happy semula. Aku order cake and hantar kat mak aku..kakak aku ajak g lunch kat hotel…dapat bunga and they won cake decor contest. Abang2 aku hantar bunga and wish her…Bila aku tepon mak aku…dia kata..”happy pun ada…sedih pun ada”..aku dapat agak dr suara mak aku..yang dia happy….bersyukurnya aku pada Allah…aku harap mak aku akan happy sentiasa. Honestly, aku tak pernah sambut hari ibu dulu…tapi bila aku jauh….baru aku rasa menyesal kerana tak pernah peduli tentangnya dulu.

Benarlah kata kata yg mengatakan..kita tak akan menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya…ya..aku akui kata2 itu….dan aku tak akan mengulanginya……

15 comments May 12, 2008

udang sos tiram by fanor

aku pulak nak post resepi udang….ingat mast aje ke….resepi ni utk yang ala2 malas nak masak…..

1. halia satu inci, kunyit 2 inci, bawang kecil 3 biji, bawang putih 2 biji -  semua di tumbuk

2. bawang besar dan lada merah/hijau – dihiris (sukatila nak nipis2 ke tak)

3. udang 10 ekor (besar2…udang kecik tak yah kira la..agak2)

4. tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan

5. masukkan sos tiram 3 – 4 sudu (kalau nak lebih boleh gak)

6. masuk air sikit (tak nak bagi hangus rencah)

7. masukkan udang – gaul

8. masukkan air satu cawan dan gaul sekali sekala sehingga udang masak

9. tunggu sehingga air kering (terpulangla..kalau nak lembap…takyah tunggu kering) danmasukkan bawang dan lada hirisan…..

10. gaul sehingga bawang hampir layu…..

11. siap utk makan…………….boleh la cuba

sesapa ada resepi ketam masak lada hitam…bagi aku ek

2 comments May 12, 2008

Previous Posts


Blog Stats

Recent Posts

Recent Comments

Blogroll

Categories

Flickr Photos

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

More Photos

 

December 2009
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives