Posts filed under ‘resepi lauk pauk’

masak ketam rebus (resepi fanor)- by aweng

aku pulak bagi resepi ketam hari ni…walau takde sapa yg keje……hehehehehhe

  

ini style jordan perasan omputih punya resepi…….  

bawang besar hiris bulat (sebiji besar atau 2 biji)
bawang putih hiris 2 biji
lemon atau limau nipis atau limau kasturi
mix herbs (ada jual kat hypermarket…ala aku lupa la nama betul dia…ada jual dalam botol)  

sonang ajo….  

bersihkan ketam..tos
masukkan dalam periuk
masukkan bawang hiris2 tu
perahkan limau

 

 

 

 

taburkan herba tu…sikit jek…janji ada nampak daun..banyak2 tak sedap
pastu tutup periuk  

tunggu sampai air ketam tu kering…
jgnlupa gaul2..takut hangit pulak
pastu ketam dah masak…okay la tu..  

kalau korang nak rasa mesia sikit..letak la serai ke halia ke..

 

 

 

 

 

 

 

 

June 25, 2008 at 2:08 pm 2 comments

masak lemak (confirm resepi mas)- by aweng

masak lemak style aku

 

bahan blend:

Bawang merah 3 ulas

Bawang putih 2 ulas

Kunyit idup 1 inci

Cili Api 7-9 biji.. lagi banyak lagi pedas

Cili hidup 1/2 biji

Serai 1 dihiris halus

 

(blend semua bahan di atas) 

 

Aku jenis x mau tumis.. jadi aku masukkan bahan blend, masukkan air dalam 2 cawan.. bagi menggelegak, masukkan asam keping 3.. lepas tu masukkan ketam/ udang/ ikan masin dsb bergantung kepada lauk ko..

pastu masukkan santan 3/4 cawan.. tengok sama ada pekat atau tidak.. kalau kunyit ko x berapa kuning, leh masukkan sikit kunyit serbuk.. pastu masukkan garam.. bagi menggelegak.. make sure kacau sentiasa supaya x jadi ‘kepala’

 

sekian..

 

semoga berjaya

June 25, 2008 at 2:07 pm Leave a comment

masak lemak ikan pekasam (confirm resepi ujick) – by aweng

utk tatapan kaum ibu..

masak lemak ikan pekasam

2 eko ikan pekasam (nak byk pun tak per)

sebijik jantung pisang (potong memanjang)

2 batang serai (ketuk2..campak)

kisar

5 bijik cili padi

2.5 cm kunyit idup

5 bijik bwg merah

5 ulas bwg putih

500 ml santan

garam

1) masak santan..kacau pelan2

2) masuk bhn kisar

3) masuk ikan pekasam n jantung pisang

4) garam

rase dulu baru hidang…

June 25, 2008 at 2:07 pm 6 comments

sambal goreng bukit piatu (resepi mak chema) – by aweng

heheheh..ko nak resepi tu..aku sendiri buat pun tak jadi cam mana mak aku buat…tapi ko bole try laa…ni resepi campak2 je tau…heheh

 

sampai goreng bukit piatu..(heeh)

3-4 ulas bwg merah (blend)

sedikit belacan

cili blender (2-3 sudu)

segenggam ikan bilis(goreng sampai garing)

sebiji limau sampal

1/2 biji bwg besar (hiris)

 

cara2

tumis bwg merah + belacan, masukkan cili. goreng sampai garing, letak garam, gula dan perahkan limau…dah ckp garing, masukkan ikan bilis dan hirisan bwh..taraaa..dah siap…sedap dimkn ngan nasi + ikan goreng + kicap …ngan roti pun sodap…

 

kalo ko nak wat byk2 lebihkan bhn2 nya…selamat mencuba..heheh

 

June 25, 2008 at 2:06 pm Leave a comment

tomyam (fanor) – by aweng

nak resepi tomyam ke…..
aku buat tak la sesedap kedai….
tapi boleh la….. 

bawang putih 3 biji – ketuk
bawang besar kaler putih sebiji – dihiris bulat2..
tomato 2 biji besar diramas
daun limau 1 atau 2
serai 2 (ketuk)
lengkuas 2 hiris
limau nipis 1 biji atau lemon 1/2 biji
lada serbuk 2 sudu besar (agak2 la)
cili padi – 10 biji (agak2 sendiri)
tomyam paste 1 atau 2 paket (ikut suka ko la…ada yg thai paste..adabi ke…kiub knorr ke)
ayam atau seafood atau sayuran (ikut la ko nak masak tomyam apa) 

caranya
rebus ayam atau seafood ko..kalau sayur takyah masukkan dulu. renihkan air aje…
bila ayam dah hampir masak..atau air dah didih…masukkan bawang putih, daun limau, serai, lengkuas, cili padi, lada serbuk,tomyam paste,tomato, limau,
pastu dah didh……masukkan bawang hiris…(aku tak suka bawang ni layu..kalau ko suka layu..ko masukkan sekali dgn yg bahan2 tadi tu)
pastu masukkan garam…gula sikit….ajinamoto kalu nak la….
siap la……

 

 

 

 

June 25, 2008 at 2:04 pm Leave a comment

singgang daging (izan kasik) – by aweng

singgang daging.. xpnh wat.. smalam tgk resipi dia kt majalah kt umah tp x igt..

singgang ayam penah aaa, tp rupe dia pelik skit.. kena modified skit dr singgang ikan..

 

ni resipi amik kt my.resipi:

 

Daging Singgang Merah

 

Bahan-bahan ( 5 org )

·    1/2 kg Daging

·    6 ulas Bawang merah

·    3 ulas Bawang Putih

·    2 keping asam keping

·    1 sudu besar ketumbar

·    sedikit lada hitam

·    1 sudu cili giling/cili kering (diblend)

·    Garam, Gula & perasa secukup rasa

·    1 sudu budu (jika suka)

·    1 inci halia (boleh kurangkan kalau tak suka)

Cara-cara

1. Hiris daging nipis-nipis. Bersihkan dan ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan masak. Bila air daging tu dah agak2 kering, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih..Dah pun siap. Senang dan sedap!

lg satu;

 

Singgang/Singam daging Kelantan

 

 

Bahan-bahan ( terpulang )

·    Daging (ikut suka banyak mana)-dihiris nipis-nipis

·    2 jenis cili (cili padi, cili kering-jika suka pedas)

·    Ketumbar-ditumbuk sedikit

·    asam keping (ikut suka)

·    bawang putih

·    bawang merah

·    lengkuas

·    sedikit manisan kerek/gula melaka

·    budu (memang lagi sedap kalau masukkan)

·    garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Daging dipotong nipis, sejat

2. Bawang putih, merah, lengkuas dipotong nipis, Cili padi di potong kecil-kecil

3. Masukkan semua bahan dan gaul lebih elok kalo diperap sekajap.

4. Jerang diatas api sampai daging masak. Rasanya daging singam ni pedas, manis, masin dan masam. Makan dengan nasi putih.

June 25, 2008 at 2:02 pm Leave a comment

Nasi Ayam (Resepi Mas) – by Aweng

Yang nih pun aku tlg pastekan jer.. aku x ubah apa pun coz nk kekalkan originality nyer :-)

memula ko tumis bawang putih n merah.. kasik naik bau.. buh air.. buh sup bunjut.. kasik air menggelegak.. pastu rebus ayam.. yang ko nak buat goreng jangan rebus lama sangat.. biar half cook.. macam kaki ke leher ayam ke ko tinggal kan aje dalam periuk tu.. dah bawak kuar ayam campur le bahan2 ko nak buat sup.. utk sup jadi lebih sedap, masukkan akar daun sup n bawang.. make sure ko basuh dulu.. kang berpasir plak.. hehehe
 
pas ko basuh beras, masuk dalam periuk.. air pakai air rebusan ayam, masukkan serai yang diketuk, bawang merah dihiris, halia hiris. pastu masak nasik ko.. kalo ko nak kuning boh le serbuk kunyit sket.. aku x pakai serbuk kunyit.. kaler nasik ko nanti pun dah kuning2 air..
 
ayam yang ko dah rebus separa masak tu masukkan dalam satu besen/ bekas.. tumbuk bawang merah, putih, halia sampai halus.. kuantiti ikut sesedap rasa ko.. lagi banyak ko bubuh, banyak le jadi macam rempah2 kat ayam ko..
bahan2 yg ditumbuk tadi masukkan dalam bekas ayam tu.. bubuh jugak sos tiram dan kicap.. pastu gaul.. jangan lupa garam n sikit je kunyit.. pas peram dalam sejam leh le goreng minyak banyak..
 
utk sos kicap, ko panaskan aje sos tiram campur air sup ko.. garam toksah bubuh banyak.. kang masin sgt..
 
utk sos cili dia, ko tumiskan cili yang diblender bersama bawang putih + garam + sup rebusan ko..
 
tadaaaa.. lenlain bahan ko boleh buat sendirik la.. macam potong tomato, timun n salad utk hiasan.. :P
 
sekian.. aku nak buat nasik ayam le jugak sabtu ni..

nak tambah skit boleh puan mas??? kalo nak ayam tu lembut, takyah rebus..guna je ayam lain.ayam dlm sup tu biar je dlm sup tu…lagi satu, kalo aku laa,aku tumis beras dulu. tumis ngan butter or ghee.tumis, bwg merah,putih n halia. pastu masuk beras. biarkan sekejap..baru masuk air sup tu….masukkan daun pandan..
kat ayam yg perap pulak, masukkan skit lada hitam, yg bijik tau… tumbuk skit, kalo suka hot2..masuk la lebih…masuk honey n gula skit, bg kilat2…sungguh menyelerakan…

 

 

May 15, 2008 at 10:45 am 4 comments

udang sos tiram by fanor

aku pulak nak post resepi udang….ingat mast aje ke….resepi ni utk yang ala2 malas nak masak…..

1. halia satu inci, kunyit 2 inci, bawang kecil 3 biji, bawang putih 2 biji -  semua di tumbuk

2. bawang besar dan lada merah/hijau – dihiris (sukatila nak nipis2 ke tak)

3. udang 10 ekor (besar2…udang kecik tak yah kira la..agak2)

4. tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan

5. masukkan sos tiram 3 – 4 sudu (kalau nak lebih boleh gak)

6. masuk air sikit (tak nak bagi hangus rencah)

7. masukkan udang – gaul

8. masukkan air satu cawan dan gaul sekali sekala sehingga udang masak

9. tunggu sehingga air kering (terpulangla..kalau nak lembap…takyah tunggu kering) danmasukkan bawang dan lada hirisan…..

10. gaul sehingga bawang hampir layu…..

11. siap utk makan…………….boleh la cuba

sesapa ada resepi ketam masak lada hitam…bagi aku ek

May 12, 2008 at 1:56 pm 2 comments

Udang masak ala rendang (by Mast)

Resepi untuk 2 orang makan..

Bahan2:

  1. Udang galah (korang jangan imagine udang galah lobster tu.. kecik sikit ye puan2). dibersihkan
  2. Bawang merah (3 ulas) bawang putih (2 ulas)
  3. Serai sebatang
  4. Lengkuas 4cm
  5. Halia 2cm
  6. Cili kisar
  7. Santan
  8. Kerisik
  9. Garam secukup rasa
  10. Daun kunyit (kalau ada.. ) dihiris halus

Cara2nya:

  • Kisar bahan 2,3,4,5 dalam blender.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg telah dikisar.
  • Masukkan cili kisar (bergantung kepada citarasa anda.. lagi banyak lagi pedas aaa)
  • Biar sehingga pecah minyak
  • masukkan santan pekat
  • biar sehingga betul2 masak (macam nak jadi rendang gitu)
  • masukkan garam secukup rasa
  • masukkan udang pulak
  • kendian, boleh bubuh kerisik utk pekatkan kuah.. lebih kurang satu sudu makan penuh
  • last sekali masukkan daun kunyit yang dihiris (kalau ada lagi best)
  • tadaaaaa.. siap!!

huhu.. cuba la.. sedap seh.. harris tambah banyak kali!! ekekeke.. gambar tgk kat blog ye

acknowledgement: resepi ni datang dari arwah emak aku..

May 12, 2008 at 10:08 am Leave a comment


Blog Stats

  • 15,963 hits

Recent Posts

Flickr Photos

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

Gath @ KLCC July 6, 2008

More Photos
July 2014
M T W T F S S
« Aug    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.